mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG BULAN OGOS 2024

KLIK DENGAN BIJAK – WASPADA MODUS OPERANDI PENIPUAN PINJAMAN WANG

TARIKH

1 OGOS 2024

MASA

9:00 AM – 4:00 PM

LOKASI

NADI Kg Baru Hulu

PESERTA

28 VIEWS

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberitahu orang ramai supaya berwaspada serta tidak mudah terpedaya dengan penipuan pinjaman wang ini. Pelbagai tips dan langkah yang boleh diambil sebelum membuat pinjaman wang supaya anda tidak menjadi mangsa penipuan.

GAMBAR DISINI

 

 

STEM & IOT – PEPERIKSAAN ONLINE SPA

TARIKH

6 OGOS 2024

MASA

10:00 AM – 11:00 AM

LOKASI

NADI Kg Baru Hulu

PESERTA

1 ORANG

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing klien cara-cara untuk menjawab soalan peperiksaan psikometrik (PSEE) SPA dimana klien memerlukan kemahiran untuk berfikir secara logik akal yang bertepatan dengan personaliti diri serta seimbang dengan keperibadian yang dimahukan oleh kerajaan. 

GAMBAR DISINI

 

 

KLIK DENGAN BIJAK – BULI SIBER

TARIKH

8 OGOS 2024

MASA

9:00 AM – 4:00 PM

LOKASI

NADI Kg Baru Hulu

PESERTA

22 VIEWS

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberitahu orang ramai terutamanya ibu bapa dimana mereka perlu menerapkan nilai-nilai murni semasa melayari internet dan media sosial. ini membolehkan anak-anak akan mengikuti jejak langkah ibu bapanya supaya tidak menjadi pembuli siber di laman sosial serta dapat mengelakkan diri dari menjadi mangsa buli siber.

GAMBAR DISINI

 

 

KLIK DENGAN BIJAK – SCAM PELABURAN MESIN LAYAN DIRI

TARIKH

9 OGOS 2024

MASA

3:00 PM – 4:00 PM

LOKASI

NADI Kg Baru Hulu

PESERTA

27 VIEWS

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberitahu orang ramai supaya berhati-hati dengan scam pelaburan mesin layan diri yang semakin berleluasa di masa kini. Sindiket ini amatlah merbahaya terutamanya kepada belia dimana scammer menggunakan platform media sosial bagi menawarkan peluang untuk memperoleh pulangan bulanan yang lumayan dengan membeli mesin layan diri. Setelah membuat pembayaran, scammer akan memberi pelbagai alasan untuk menangguhkan pembayaran bulanan mangsa dan disitulah peluang mereka menghilangkan diri dari dijejak. Oleh itu, jangan mudah terpedaya membeli mesin layan diri di laman sosial. Jaga ahli keluarga anda daripada ditipu dan menjadi mangsa!

GAMBAR DISINI

 

 

NADI @ E-SUKAN – PERTANDINGAN MOBILE LEGEND BANG BANG (GROUP STAGE & FINAL)

TARIKH

9 & 16 OGOS 2024

MASA

2:30 PM – 5:00 PM

LOKASI

NADI Kg Baru Hulu

PESERTA

20 ORANG / 10 ORANG

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menerapkan nilai positif kepada pelajar apabila menggunakan internet, menambah kenalan di media sosial serta membimbing mereka bersaing secara sihat di talian dengan rakan-rakan yang lain. Disamping itu, aktiviti ini juga dapat memberikan pelajaran asas teknologi maklumat dan komunikasi kepada pelajar iaitu pengisian google form dimana pelajar dapat mempelajari cara-cara memasukkan maklumat diri dan memuat naik gambar profil di dalam google form.

Aktiviti E-Sukan ini telah disambut baik dan mendapat sokongan sepenuhnya oleh pelajar dari pelbagai sekolah dimana 4 pasukan telah berentap bagi merebut tempat di Grand Final sekaligus yang menjadi JUARA akan mewakili NADI Kg Baru Hulu ke peringkat negeri Sarawak.

GROUP STAGE GAMBAR DISINI

FINAL GAMBAR DISINI

 

 

E-LEARNING & SOFTSKILL – KELAS JAWI

TARIKH

13, 20, 21, 27, 28 OGOS 2024

MASA

2:30 PM – 4.30 PM

LOKASI

BILIK LATIHAN NADI KG BARU HULU

PESERTA

14 Orang

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing pelajar mendalami dan mengenal suku kata jawi terbuka dan tertutup. Pembelajaran ini juga dapat membantu pelajar menulis dan membina ayat jawi dengan menggunakan suku kata yang betul dan tepat. Di samping itu, pelbagai variasi modul e-jawi yang telah diajarkan dan ini membolehkan pelajar dapat mempraktikkan bahasa jawi di sekolah mereka dengan yakin.

Tambahan lagi, pelajar juga telah diberi pendedahan untuk menjawab soalan jawi secara digital dengan menggunakan applikasi atas talian wordwall dimana pelajar dapat memantapkan lagi pemahaman mereka dalam membaca ayat-ayat jawi.

Kelas ini telah dibimbing sepenuhnya oleh ustazah salina daripada sekolah sk abang abd kadir betong. Kesimpulannya, kelas ini dapat memberi manfaat tambahan kepada pelajar sekaligus dapat mengisi masa lapang mereka di luar waktu sekolah dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang lebih berfaedah di dalam kelas ini. 

Aktiviti ini telah dijalankan 2 kali dalam seminggu sepanjang bulan ogos ini. Minggu pertama telah ditangguhkan atas sebab tertentu.

GAMBAR DISINI

 

 

KLIK DENGAN BIJAK – SCAM E-DAGANG (ONLINE SHARING)

TARIKH

14 OGOS 2024

MASA

12:40 PM – 5:00 PM

LOKASI

NADI Kg Baru Hulu

PESERTA

22 VIEWS

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberitahu orang ramai langkah-langkah keselamatan yang boleh di ambil supaya tidak menjadi mangsa scam e-dagang.

Bagaimana Scam E-Dagang ini berlaku?

  • Anda terjumpa tawaran dalam talian yang sangat menarik.
  • Setelah dihubungi, mereka akan menggesa anda untuk membuat pembayaran dengan cepat dan memberitahu anda bahawa stok/tawaran adalah terhad.
  • Penjual gagal menghantar barang atau akan menghantar produk palsu dan akan menyekat nombor/akaun anda.
  • Mereka juga mungkin melambatkan penghantaran barang anda dan akan meminta lebih banyak bayaran untuk mendapatkan lebih banyak wang.

 

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang boleh di ambil :

  • Beli dan bayar hanya dari platform rasmi dan seller yang sahih.
  • Selidik seller untuk memastikan kesahihannya.
  • Jangan klik pada pautan yang mencurigakan atau memuat turun apps APK untuk pembelian.
  • Gunakan PDRM CCID “Semakmule Portal” untuk menyemak nombor akaun bank penjual.

 GAMBAR DISINI

 

 

PROGRAM PANDei LITERASI DIGITAL PUSTAKA

TARIKH

15 OGOS 2024

MASA

2:30 PM – 5.00 PM

LOKASI

BILIK LATIHAN NADI KG BARU HULU

PESERTA

12 Orang

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberikan pengetahuan baru kepada usahawan dan komuniti bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran dunia digital masa kini dan masa hadapan. Objektif program ini adalah pendaftaran Sarawak ID, Kursus PANDei e-learning, Kursus Pengenalan Canva dan Kahoot! Learning Games sebagai break the ice peserta dan pihak pustaka.

Kelebihan dan manfaat program:

1. Pembelajaran yang Interaktif

Program ini direka untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang interaktif di mana peserta dapat berpartisipasi secara aktif melalui E-pembelajaran di dalam laman sesawang pustaka (terdapat 5 modul kursus telah diperkenalkan).

2. Akses ke Sumber Digital

Peserta diberikan akses kepada platform digital seperti kursus pengenalan canva yang memudahkan dalam menghasilkan kandungan visual yang menarik. Ini menarik minat peserta usahawan bagi memvariasikan cara penjualan produk mereka.

3. Fasilitator yang berpengalaman

Bengkel ini dikendalikan oleh jurulatih yang berpengalaman dan pakar dalam bidang literasi digital, memastikan peserta menerima bimbingan yang tepat dan berkualiti.

4.Kelas yang Terancang

Kandungan disampaikan dengan cara yang sistematik dan teratur, membolehkan peserta mengikuti dan memahami setiap langkah dengan mudah.

GAMBAR DISINI

 

  

E-LEARNING – KAHOOT! LEARNING GAMES PUSTAKA

TARIKH

15 OGOS 2024

MASA

3:30 PM – 3.50 PM

LOKASI

BILIK LATIHAN NADI KG BARU HULU

PESERTA

12 Orang

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah sebagai langkah pertama dalam memulakan sesi latihan di dalam program. Fokus utama aktiviti ini adalah bertujuan bagi mewujudkan suasana yang aktif, meriah dan tidak kekok di antara peserta dan fasiilitator pustaka. Perbezaan latar belakang, status, usia, pekerjaan, kebiasaan harian, jabatan dan skop kerja menyebabkan wujudnya ruang pemisah di antara individu dan individu yang lain. Oleh itu, proses meleburkan dinding-dinding ais atau ice breaking di antara peserta dan fasilitator pustaka itu penting bagi memastikan kelancaran dan kelestarian perjalanan program.

Hasil dari e-learning ini membolehkan para peserta lebih mengenal antara satu sama lain dan mewujudkan ruang interaksi yang lebih akrab. Di samping itu, ice breaking membantu ke arah team building dan bekerjasama, mencipta suasana yang lebih aktif penyertaannya dan membina rasa selesa di dalam lingkungan komuniti dan suasana yang baru.

Modul yang telah digunapakai bagi tujuan ice breaking ini adalah aplikasi Kahoot! Learning Games dimana fasilitator telah memberi soalan yang berkaitan dengan Pustaka. Peserta yang dapat menjawab dengan cepat dan pantas serta mendapat markah yang banyak akan mendapat hadiah daripada pihak pustaka.

GAMBAR DISINI

 

 

KEUSAHAWANAN – KURSUS PENGENALAN CANVA

TARIKH

15 OGOS 2024

MASA

3:55 PM – 5.00 PM

LOKASI

BILIK LATIHAN NADI KG BARU HULU

PESERTA

12 Orang

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberikan pengetahuan baru kepada usahawan cara untuk mendaftar dan menggunakan pelbagai templat di dalam Canva. Peserta boleh menggunakan platform online untuk dijadikan ruang ‘menjual’ dan mempromosikan barangan jualan mereka. Jadi dengan kursus pengenalan Canva ini, ia menjadikan sesuatu kelebihan bagi usahawan-usahawan kecil yang ingin menjimatkan kos dan masa dalam mengendalikan platform jualan online mereka.

Aplikasi Canva ini menyediakan berbagai tools, template, dan fitur canggih lainnya yang mencapai kemahuan peserta dalam menghasilkan design yang bertepatan dengan produk jualan atau servis mereka. 

GAMBAR DISINI

 

 

KLIK DENGAN BIJAK – TAYANGAN VIDEO BULI SIBER

TARIKH

16 OGOS 2024

MASA

2:00 PM – 2:30 PM

LOKASI

BILIK LATIHAN NADI KG BARU HULU

PESERTA

10 Orang

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang keburukan dan kesan buli siber kepada diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat sekeliling. Buli siber merupakan satu perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks, chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet. Buli siber ini juga merupakan masalah global yang akan mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja. 

Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang melibatkan buli siber di media sosial dan penggunaan internet anak-anak supaya buli siber ini dapat ditangani. Tayangan video ini akan dapat memberi manfaat kepada belia terutamanya golongan remaja supaya mereka berfikir sekaligus menjauhi kegiatan buli siber ini kerana ia boleh membawa mudarat kepada mangsa buli siber.

GAMBAR DISINI

 

 

KLIK DENGAN BIJAK – CIRI CIRI PELABURAN TIDAK SAH

TARIKH

21 OGOS 2024

MASA

9:00 AM – 4:00 PM

LOKASI

NADI Kg Baru Hulu

PESERTA

22 VIEWS

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberitahu orang ramai ciri-ciri pelaburan yang tidak sah di sisi undang-undang.

1. Skim menjanjikan pulangan pelaburan yang tinggi dalam masa singkat

2. Dipromosikan melalui platform media sosial.

3. Minta wang di depositkan ke dalam akaun milik individu atau akaun bank entiti yang tidak berkaitan.

4. Menggunakan sijil atau dokumen palsu daripada pihak berkuasa.

5. Dipromosikan sebagai peluang pelaburan “masa terhad sahaja”.

Elakkan diri anda dari menjadi mangsa scam dan semak terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan. Sayangi penat lelah anda dalam mencari wang, jangan mudah terpedaya untuk melaburkan sejumlah wang simpanan anda pada pelaburan yang tidak diluluskan oleh Kerajaan.

GAMBAR DISINI

 

 

ICT – PEMBELAJARAN CANVA

TARIKH

25 OGOS 2024

MASA

2:30 PM – 4:30 PM

LOKASI

NADI Kg Baru Hulu

PESERTA

1 ORANG

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing klien cara-cara untuk mendaftar, menggunakan pelbagai templat di dalam Canva dan memberi tunjuk ajar mengenai kelebihan aplikasi ini di dalam kehidupan seharian. Klien telah datang ke NADI dan ingin belajar membuat pembentangan untuk pelajar dan poster iklan menggunakan Canva. Klien sangat berpuas hati dengan hasil kerjanya di dalam Canva kerana aplikasi ini sangat membantu dan menjimatkan masa sekaligus menjadi pendidik yang kreatif dan bijak.

GAMBAR DISINI