NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR PERTANIAN PINTAR
| TARIKH | 3, 11, 17, 18, 21, 25, 28 & 31 MEI 2025 |
| MASA | 11:00 AM – 12:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Modul Pertanian Pintar yang Berdasarkan Rancangan untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan keputusan dalam pertanian.
Di minggu ke 13 hingga minggu 16, peserta telah mempelajari cara pemasangan smart watering device serta penyediaan media tanaman dan pengenalan alat pengukur. Di minggu ke 17 pula, peserta telah mempelajari cara semaian benih terung dan pendebungannya.
Peserta juga diminta untuk menjawab kuiz tentang pemasangan Smart Watering Device (komponen) dan kuiz TDS Meter.
PERTANDINGAN MOBILE LEGEND BANG BANG PERINGKAT NEGERI SARAWAK MUSIM KE-2
| TARIKH | 3 MEI 2025 |
| MASA | 11:00 AM – 12:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN: TAHNIAH diucapkan kepada pasukan PENGUIN kerana telah berjaya melengkapkan 9 round Pertandingan Mobile Legend Bang Bang Peringkat Negeri Sarawak selama 3 minggu berturut-turut bersama wakil pemain dari NADI Ba’kelalan, NADI Sampat, NADI Piasau Utara, NADI Kampung Lambir, NADI Pekan Tatau, NADI Pekan Dalat, NADI Fort Renee, NADI Pekan Kanowit & last round untuk hari ini bersama NADI Serasot. Terima kasih diucapkan kepada semua atas kerjasama yang diberikan dan membolehkan pertandingan ini berjalan dengan lancar.
Walaupun tidak dapat bersaing lagi untuk ke peringkat yang seterusnya, semangat juang yang mereka tunjukkan sepanjang pertandingan ini berlangsung amatlah memberansangkan. Mereka sangatlah berdisiplin dalam mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Marshal perlawanan. Sehingga berjumpa lagi di lain tahun.
NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI
| TARIKH | 3 MEI 2025 |
| MASA | 12:00 PM – 12:30 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi saringan kesihatan percuma kepada ahli NADI. Antara saringan yang disediakan oleh NADI adalah:
- Saringan Tekanan Darah
- Saringan Gula Dalam Darah
- Body Mass Index (BMI)
Petugas NADI telah diberi latihan khas untuk melakukan saringan asas ini. NADI dan pihak KKM bekerjasama dalam menggalakkan komuniti setempat agar lebih peka dan sedar akan ketingkatan kesihatan anda.
NADI X CYBERSECURITY – WEBINAR CYBERSECURITY 101
| TARIKH | 10 & 17 MEI 2025 |
| MASA | 10:00 AM – 12:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 7 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar Perlindungan Siber & Ancaman Penggodam dan Webinar Manipulasi Siber.
Topik yang pertama mencerminkan kandungan webinar dengan memberi gambaran menyeluruh tentang konsep asas keselamatan siber, cabaran yang dihadapi, serta peranan hacker termasuk ethical hacking dan penetration testing.
Webinar yang ke-2 pula menekankan aspek serangan psikologi yang digunakan dalam kejuruteraan sosial serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh individu dan organisasi.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR JAHIT
| TARIKH | 10 & 16 MEI 2025 |
| MASA | 11:00 AM – 12:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Dalam kursus MAHIR JAHIT ini, peserta akan mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat, termasuk mereka yang tiada pengalaman menjahit, kerana ia menyediakan bimbingan langkah demi langkah oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.
Pada minggu ini, peserta telah mempelajari cara untuk mendraf pola kurung pesak. Seterusnya, peserta telah mempelajari cara untuk memotong serta menjahit baju kurung pesak.
NADI X KEUSAHAWANAN – WEBINAR PENCARIAN IKON USAHAWAN COHORT 3 SESI 1
| TARIKH | 16 MEI 2025 |
| MASA | 10:00 AM – 11:30 AM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar sesi 1 yang bertajuk Pengurusan Kewangan & Perancangan Perniagaan. Pengurusan kewangan yang lancar akan memastikan perancangan perniagaan dapat berfungsi dengan baik.
Selama 2 bulan, usahawan NADI x Keusahawanan akan melalui satu perjalanan penuh ilmu dan pengalaman dalam dunia keusahawanan. Dengan aktiviti Video Pra-Latihan, Webinar, dan Podcast, setiap sesi direka khas untuk membentuk minda usahawan muda yang inovatif dan berdaya saing.
Secara keseluruhannya, webinar ini memberi pendedahan kepada usahawan tentang strategi pemasaran yang berkesan serta cara mengurus operasi perniagaan dengan lebih sistematik supaya mereka boleh mengembangkan perniagaan dengan lebih baik. Semoga ilmu perniagaan yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu usahawan dalam perniagaan mereka.
NADI X KESEDARAN SSO NERA – AWARENESS (SAFE AND SHIELD)
| TARIKH | 16 MEI 2025 |
| MASA | 3:00 PM – 5:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 3 ORANG |
TUJUAN: Pelajar telah menyertai Taklimat Laman Web Merbahaya & Lindungi Data Peribadi.
SAFE – Anda kini akan lebih berhati-hati dalam melayari laman web dalam internet.
SHIELD – Anda kini lebih peka dalam Melindungi Data Peribadi daripada SCAM.
Terima kasih kepada semua peserta yang komited untuk memperkasakan diri dengan pengetahuan tentang perlindungan data peribadi dan cara mengelak dari menjadi mangsa penipuan online. Ilmu yang dikongsi bukan sahaja membuka mata, malah mampu melindungi diri dan orang tersayang daripada menjadi mangsa.
Anda kini lebih bersedia untuk menjadi pelindung data diri sendiri dan orang tersayang! Teruskan berkongsi ilmu dan menjadi agen perubahan dalam komuniti kita. Zaman sekarang, data peribadi adalah harta kita. Jaga, lindungi dan jangan mudah terpedaya!
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – BENGKEL TINY TECHIES (PROGRAM MENTOR) SESI KE-4 & 5
| TARIKH | 18 & 25 MEI 2025 |
| MASA | 10:00 AM – 12:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 6 ORANG |
TUJUAN: Tujuan Program Mentor Tiny Techies ini dijalankan adalah bertujuan untuk membimbing pelajar sekolah dalam mengembangkan kemahiran teknologi dan inovasi.
Objektif Tiny Techies adalah untuk memperkenalkan pelajar sekolah kepada asas teknologi dan kemahiran digital secara menyeronokkan. Program ini bertujuan membina kreativiti, pemikiran kritis, dan kemahiran menyelesaikan masalah melalui aktiviti berkaitan robotik, pengaturcaraan, dan teknologi terkini. Dengan pendekatan praktikal, Tiny Techies membantu pelajar membina keyakinan dalam penggunaan teknologi serta mempersiapkan mereka menghadapi cabaran masa depan dalam dunia digital yang pesat berkembang.
Dengan bimbingan hebat daripada Ir. Dr. Nani Fadzlina Bt. Naim, Pensyarah kanan dari UiTM Sarawak, mereka didedahkan kepada asas pengaturcaraan dan elektronik menggunakan micro:bit bagi kategori sekolah rendah.
Bagi kategori sekolah menengah pula, pelajar telah dibimbing oleh Prof Madya Ts. Dr. Zakiah Bt. Mohd Yusoff, Pensyarah Kanan Pengajian Kejuruteraan Elektrik Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Sarawak.
LAWATAN AGENSI KERAJAAN SARAWAK ECONOMIC DEVELOPMENT CORPORATION (SEDC)
| TARIKH | 21 MEI 2025 |
| MASA | 9.00 AM – 10.00 AM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Terima kasih diucapkan kepada pihak SEDC Bahagian Betong yang sudi bertandang ke NADI Kampung Baru Hulu bagi membincangkan perancangan aktiviti bersama di masa hadapan.
Antara hasil perancangan adalah:
- Kolaborasi aktiviti bersama usahawan NADI dan SEDC
- Pengumpulan data (Blueprint) usahawan yang mengikuti aktiviti di NADI
- Kekangan peserta yang menyertai aktiviti NADI
- Perancangan yang komprehensif untuk mencapai matlamat bersama dalam pembangunan komuniti setempat
Pihak NADI & SEDC sangat komited dalam membangunkan usahawan yang mempunyai kebolehan atau potensi dalam meningkatkan dan mampu mengurus perniagaan serta tidak gentar akan risiko yang dihadapi bagi mencapai keuntungan yang berterusan. Kerjasama bersama ini akan dapat merealisasikan dan memperkasakan usahawan Bumiputera selaras dengan objektif Negara dan Negeri.
Anda boleh melayari portal SEDC untuk maklumat lanjut https://sedc.com.my/entrepreneur-and-community…/
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR MASAK (SHORT LEARNING SERIES)
| TARIKH | 25 & 28 MEI 2025 |
| MASA | 9.30 AM – 11.30 AM & 2.00 PM – 4.00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Peserta telah mempelajari cara membuat Pistachio Kunafa Brownies Viral iaitu gabungan kunafa rangup dan brownies coklat moist dengan taburan pistachio yang mewah. Sesuai untuk jualan premium atau hidangan istimewa keluarga. Peserta akan diajar teknik mudah dari penyediaan bahan hingga tips pembungkusan.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KELAS KESEDARAN DAN PENSIJILAN (PODCAST LMS)
| TARIKH | 31 MEI 2025 |
| MASA | 10.00 AM – 11.00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN: Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya.
Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.
Antara modul-modul yang akan diterapkan adalah:
10 Mei 2025 – Scammer & Perangkap Dunia Gaming: Lindungi Diri, Lindungi Akaun
17 Mei 2025 – Toksik atau Terbuka? Budaya Komunikasi Selamat dalam Komuniti E-sukan
24 Mei 2025 – Stream Content Creator untuk E-sukan
31 Mei 2025 – Suntingan Video & Pengurusan Kandungan untuk Streamer
Kesemua Kelas Kesedaran & Pensijilan ini telah ditayangkan serentak pada hari yang sama.