mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG BULAN JANUARI 2026

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – OPEN TUITION DILEA TINGKATAN 1 – 5

TARIKH5,6,8,12,15,19,20,22,26 & 29 Januari 2026
MASA3:30 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA7 ORANG

TUJUAN: NADI Nurture DILEA Digital Learning membawakan kelas ulangkaji secara percuma. Subjek asas seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah, dan khas untuk Tingkatan 6 – Pengajian Am turut disediakan. Semua kelas dijalankan secara santai, interaktif dan mudah difahami bersama tenaga pengajar yang berpengalaman.

Kenapa pilih Open DILEA Tuition?

  • Pembelajaran berinteraksi yang sangat menarik
  • Nota yang sangat efektif dan mudah difahami
  • Kaedah pembelajaran yang sangat berkesan dengan video kelas yang boleh direkodkan untuk membolehkan anda mengulangi penjelasan guru bila-bila masa
  • Kelas bimbingan kerja rumah yang sangat membantu, dengan penjelasan selama satu jam setengah setiap hari!
  • Analisis yang sangat jelas, laporan kemajuan pelajar bulanan yang diberikan setiap bulan untuk membantu anda memantau kemajuan pembelajaran anak anda!

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – FORUM MAHIR BERSAMA KOMUNITI

TARIKH8 Januari 2026
MASA10:00 AM – 11:30 AM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA2 ORANG

TUJUAN: Forum Bersama Komuniti Sesi Zon Borneo (Intake 3) merupakan platform perkongsian ilmu yang menghimpunkan peserta program dan komuniti setempat bagi membincangkan pembangunan kemahiran, peluang pembelajaran serta potensi kolaborasi.

Forum ini bertujuan memperkasa komuniti Zon Borneo melalui perkongsian pengalaman dan pendedahan terhadap inisiatif yang menyokong pembangunan diri dan kebolehpasaran.

Antara kursus yang disediakan adalah:

  1. Mahir Masak
  2. Mahir Foto
  3. Mahir Jahit
  4. Mahir Baiki Gajet
  5. Mahir Pertanian Pintar

Tahniah diucapkan kepada salah seorang peserta kami yang telah memenangi cabutan bertuah, Puan Norhalizan dengan memenangi set bantal daripada pihak Mahir.

GAMBAR DISINI

PROGRAM DAFTAR & MENANG BERSAMA PAYNET

TARIKH8 Januari 2026
MASA3:00 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Cabutan bertuah bagi program Daftar & Menang bersama Paynet Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya 2 hari yang lalu di Platform : Facebook NADI Taman Desa Puteri (https://www.facebook.com/NADITamanDesaPuteri/)

Alhamdulillah, salah seorang Usahawan kami NADI Kampung Baru Hulu, Puan Suraini telah menjadi salah seorang pemenang bertuah wang tunai sebanyak RM150 daripada pihak NADI dan Paynet Malaysia. Ucapan berbanyak terima kasih kepada usahawan lain yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga ada rezeki lagi di tahun hadapan.

GAMBAR DISINI

NADI X KIDSVENTURE – WEBINAR ATAS TALIAN

TARIKH10, 24 & 31 Januari 2026
MASA10:00 AM – 11:30 AM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA2 ORANG

TUJUAN: Webinar ini dilaksanakan bagi mengikuti webinar Pelan Perniagaan Mini 1 & 2 dan Bijak Kewangan.

NADI Kidsventure ini memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun). Pelajar berpeluang mempelajari modul latihan berkaitan perancangan perniagaan, perancangan perniagaan operasi syarikat, perancangan kewangan perniagaan dan pemasaran. Webinar ini juga memberi pendedahan kepada asas dan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) kepada pelajar.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KELAS KESEDARAN DAN PENSIJILAN (PODCAST LMS)

TARIKH10, 16 & 23 Januari 2026
MASA10:00 AM – 10:30 AM & 3:00 PM – 3:30 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA6 ORANG

TUJUAN: Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya.

Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.

Modul yang dipelajari adalah Pengenalan E-Sukan: Daripada Hobi Kepada Program Kompetitif Berstruktur, Etika dan Sikap Pemain E-Sukan & Realiti Dunia E-Sukan Tekanan, Disiplin dan Persepsi Masyarakat.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR FOTO INTAKE 3

TARIKH13, 20 & 27 Januari 2026
MASA3:00 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Kursus ini menawarkan pengetahuan asas tentang cara mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintar, dengan mempraktikkan teknik yang tepat serta proses penyuntingan yang berkualiti. Selain itu, peserta akan diperkenalkan kepada kaedah mencipta dan mengurus kandungan (content creation) media sosial yang menarik dan relevan mengikut trend terkini.

Kelas minggu 1, 2 dan 3 adalah Pengenalan Mahir Training System (MTS), Asas Fotografi Sejarah & Jenis-jenis Camera dan Apa Itu Mobilegrafi, Ciri-ciri & Kelebihan Mobilegrafi, Perbezaan Mobilegraphy & Photography, Jenis-jenis Smartphone.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR PERTANIAN PINTAR INTAKE 3

TARIKH14, 21 & 28 Januari 2026
MASA3:00 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Modul Pertanian Pintar Berdasarkan Rancangan untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan keputusan dalam pertanian. Modul ini menitikberatkan pada penggunaan data, analitik, dan alat cerdas untuk merancang strategi pertanian yang lebih efektif.

Kelas minggu 1, 2 dan 3 adalah Pengenalan Mahir Training System (MTS), Pengenalan Asas Pertanian Fertigasi dan Asas Kesuburan Tanah.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR MASAK INTAKE 3

TARIKH15, 22 & 28 Januari 2026
MASA3:00 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA2 ORANG

TUJUAN: Kursus NADI MAHIR MASAK ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan makanan dan minuman. Masakan dengan pembelajaran berkaitan sanitasi dan keselamatan,  resipi masakan barat dan nyonya. Kursus ini turut melatih bahagian penyediaan dan pembuatan roti dan pastri dan minuman minuman cafe.

Kelas minggu 1, 2 dan 3 adalah Pengenalan Mahir Training System (MTS), Pengenalan Penggunaan Mesin / Peralatan memasak dan Membuat Resepi Mocktail Orange Juice dan Mocha Coffee Ice.

GAMBAR DISINI

NADI X KEUSAHAWANAN – PENCARIAN IKON USAHAWAN NADI 2026

TARIKH15, 22 & 27 Januari 2026
MASA10:00 AM – 12:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA2 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar Sesi 1 & 2 yang bertajuk Perancangan Perniagaan, Perancangan Kewangan dan Podcast bersama tenaga pengajar yang cukup berpengalaman dalam bidang perniagaan.

Selama 1 bulan ini, usahawan NADI x Keusahawanan telah melalui satu perjalanan penuh ilmu dan pengalaman dalam dunia keusahawanan. Dengan aktiviti Video Pra-Latihan, Webinar, dan Podcast, setiap sesi direka khas untuk membentuk minda usahawan muda yang inovatif dan berdaya saing.

Secara keseluruhannya, ilmu yang dikongsikan dalam webinar ini, ia akan memudahkan peserta merancang perniagaan mereka dan menguruskan kewangan perniagaan mereka dengan lebih baik dan terancang. Semoga ilmu perniagaan yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu usahawan dalam perniagaan mereka.

GAMBAR DISINI

NADI X CYBERSECURITY – WEBINAR CYBERSECURITY

TARIKH15, 22 & 29 Januari 2026
MASA3:00 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA8 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar Ancaman Siber Dalam Dunia Digital, Cyber Hygiene dan Cara Menangani Ancaman Serangan Siber.

Webinar ini akan membincangkan tentang ancaman siber dalam dunia digital dan kepentingan menjaga keselamatan dalam talian. Peserta akan mempelajari langkah-langkah untuk melindungi data peribadi dan meningkatkan kesedaran terhadap risiko yang wujud dalam penggunaan teknologi moden.

GAMBAR DISINI

NADI X KESEDARAN SSO NERA – AWARENESS

TARIKH19 & 21 Januari 2026
MASA3:00 PM – 4:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA6 ORANG

TUJUAN: Taklimat ini menekankan bahawa keselamatan digital bermula dengan bimbingan ibu bapa. Ia juga menghuraikan peranan ibu bapa dalam memantau penggunaan peranti anak, menetapkan had masa skrin yang sesuai, membimbing aspek keselamatan dan etika digital, serta menjadi contoh penggunaan teknologi yang berhemah di rumah.

Selain itu, taklimat ini turut mengandungi seruan tindakan agar keluarga mengamalkan penggunaan digital secara seimbang dan sihat, menetapkan sekurang-kurangnya satu peraturan digital keluarga, serta memulakan perbincangan berkaitan penggunaan digital bersama anak.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – EKELAS USAHAWAN

TARIKH20 & 22 Januari 2026
MASA10:00 AM – 11:00 AM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Webinar NADI Nurture eKelas Usahawan – sebuah sesi dalam talian yang padat dengan ilmu praktikal dan strategi terkini dalam dunia keusahawanan digital.

Peserta telah mengikuti Kelas Modul 1 & 2 iaitu Strategi Pemasaran Digital dan Asas Komunikasi Digital. Melalui kelas online ini, peserta akan mendapatkan tips dan strategi terus dari pakar industri, ketahui cara mengembangkan jenama anda secara digital dan mencipta kandungan yang menarik perhatian pelanggan.

GAMBAR DISINI

NADI X E-SUKAN – PODCAST KERJAYA DALAM E-SUKAN

TARIKH30 Januari 2026
MASA3:00 PM – 4:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTAORANG

TUJUAN: Dalam podcast episod ke-13 ini, NADI membincangkan kerjaya dalam industri E-sukan yang sering disalah anggap hanya terhad kepada pemain profesional.

Bersama tetamu jemputan, Encik Imran Syahril, atau lebih dikenali sebagai Abey, seorang Broadcast Producer, perkongsian ini memberi gambaran sebenar tentang peranan di sebalik tabir dalam dunia E-sukan serta peluang kerjaya yang wujud di luar arena permainan.

Industri E-sukan sebenarnya menawarkan pelbagai laluan kerjaya seperti pengurusan acara, pengurusan pasukan, pengacaraan, penghasilan kandungan, teknikal penyiaran dan banyak lagi, seiring dengan perkembangan pesat industri digital. 

Antara topik utama yang dibincangkan adalah:

• Pengenalan kepada kerjaya dalam E-sukan

• Peranan Broadcast Producer dalam industri E-sukan

• Peluang dan realiti sebenar dunia E-sukan

Perkongsian ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat umum bahawa E-sukan bukan sekadar hiburan, tetapi satu ekosistem kerjaya yang berstruktur dan berpotensi untuk masa depan.

NADI X E-SUKAN – PROGRAM WEBINAR CHARACTER DESIGN

TARIKH31 Januari 2026
MASA9:00 AM – 1:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA5 ORANG

TUJUAN: Webinar Character Design bersama En. Faizal Hakimmy Husaini, seorang penceramah berpengalaman dalam bidang kreatif, animasi & penulisan skrip.

Webinar ini memberi pendedahan asas mengenai Character Design, merangkumi konsep reka bentuk watak, pembangunan identiti visual, ekspresi karakter serta pemahaman awal proses menghasilkan watak untuk animasi, permainan dan kandungan digital. Selain itu, webinar ini bertujuan mencungkil minat dan bakat kreatif peserta dalam bidang animasi digital yang boleh dimanfaatkan dalam e-sukan, penciptaan kandungan, pendidikan dan peluang kerjaya pada masa hadapan.

Sesi interaktif ini turut memberi ruang kepada peserta untuk bertanya, berkongsi idea, dan menerima maklum balas secara langsung, menjadikan pengalaman pembelajaran lebih mendalam walaupun dijalankan secara atas talian.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – ULANGKAJI TINY TECHIES (SEKOLAH MENENGAH)

TARIKH31 Januari 2026
MASA3:00 PM – 4:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA3 ORANG

TUJUAN: Tujuan Bengkel Tiny Techies ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran Python, HTML & SQL bersama tenaga pengajar yang berpengalaman. Sepanjang sesi ini, para pelajar berpeluang untuk mengulang dan memperkemas kemahiran asas dalam pengaturcaraan serta menjawab beberapa soalan kuiz daripada tenaga pengajar.

Sesi berjalan dengan lancar dan pelajar menunjukkan minat serta tumpuan yang baik sepanjang satu jam kelas berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh hari ini dapat dimanfaatkan dalam pertandingan atau pembelajaran akan datang. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!

GAMBAR DISINI