NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – ULANGKAJI TINY TECHIES (SEKOLAH RENDAH)
| TARIKH | 1 & 8 Februari 2026 |
| MASA | 2:00 PM – 3:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 3 ORANG |
TUJUAN: Tujuan Ulangkaji Tiny Techies ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran Microbit & Robotik bersama tenaga pengajar yang berpengalaman. Sepanjang sesi ini, para pelajar berpeluang untuk mengulang dan memperkemas kemahiran asas dalam pengaturcaraan serta menjawab beberapa soalan kuiz daripada tenaga pengajar.
Aktiviti ini memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai asas microbit & robotik, termasuk konsep pemprograman mudah, pergerakan robot, serta penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian. Peserta berpeluang mengendalikan sendiri robot mini dan memahami cara teknologi boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR MASAK INTAKE 3
| TARIKH | 3,12 & 26 Februari 2026 |
| MASA | 9:30 AM – 11:00 AM & 3:00 PM – 4:30 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Kursus NADI MAHIR MASAK ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan makanan dan minuman. Masakan dengan pembelajaran berkaitan sanitasi dan keselamatan, resipi masakan barat dan nyonya. Kursus ini turut melatih bahagian penyediaan dan pembuatan roti dan pastri dan minuman minuman cafe.
Kelas minggu 4, 5 dan 7 adalah Pembuatan Cookies ( Chocolate Chip Kacang Badam), Penyediaan Tapak & Sos Pizza dan Pembuatan Pizza & Toping Pizza.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – EKELAS USAHAWAN
| TARIKH | 3 & 5 Februari 2026 |
| MASA | 10:00 AM – 11:00 AM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Webinar NADI Nurture eKelas Usahawan – sebuah sesi dalam talian yang padat dengan ilmu praktikal dan strategi terkini dalam dunia keusahawanan digital.
Dalam modul 3 & 4, peserta telah mempelajari Asas AI untuk Mencipta Kandungan dan Mengurus & Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital. Melalui kelas online ini, peserta akan mendapatkan tips dan strategi terus dari pakar industri, ketahui cara mengembangkan jenama anda secara digital dan mencipta kandungan yang menarik perhatian pelanggan.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR FOTO INTAKE 3
| TARIKH | 3,10 & 24 Februari 2026 |
| MASA | 3:00 PM – 4:30 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Kursus ini menawarkan pengetahuan asas tentang cara mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintar, dengan mempraktikkan teknik yang tepat serta proses penyuntingan yang berkualiti. Selain itu, peserta akan diperkenalkan kepada kaedah mencipta dan mengurus kandungan (content creation) media sosial yang menarik dan relevan mengikut trend terkini.
Kelas minggu 4, 5 dan 7 adalah Mobilegrafi – Pengenalan Lens, Jenis2 Lens & Mengenali Setting Smartphone Anda (Exposure, Aperture, Iso & White Balance), Tips Smartphone, Element & Perspektif Dalam Fotografi, Teknik Composition, Jenis2 Fotografi dan Basic Fotografi Lighting, Outdoor Natural Light (Side Light, Back Light, Silhouetting, Front Light Etc.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR PERTANIAN PINTAR INTAKE 3
| TARIKH | 4,11 & 25 Februari 2026 |
| MASA | 3:00 PM – 4:30 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Modul Pertanian Pintar Berdasarkan Rancangan untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan keputusan dalam pertanian. Modul ini menitikberatkan pada penggunaan data, analitik, dan alat cerdas untuk merancang strategi pertanian yang lebih efektif.
Kelas minggu 4, 5 dan 7 adalah Pengurusan Kawalan Serangga Perosak 2, Semaian Benih Terung 9 Dan Pemasangan Smart Watering Device.
NADI X KEUSAHAWANAN – PENCARIAN IKON USAHAWAN NADI 2026
| TARIKH | 5, 12 & 24 Februari 2026 |
| MASA | 10:00 AM – 12:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar Sesi 1 & 2 yang bertajuk Perancangan Perniagaan, Perancangan Kewangan dan Podcast bersama tenaga pengajar yang cukup berpengalaman dalam bidang perniagaan.
Selama 1 bulan ini, usahawan NADI X Keusahawanan telah melalui satu perjalanan penuh ilmu dan pengalaman dalam dunia keusahawanan. Dengan aktiviti Video Pra-Latihan, Webinar, dan Podcast, setiap sesi direka khas untuk membentuk minda usahawan muda yang inovatif dan berdaya saing.
Secara keseluruhannya, ilmu yang dikongsikan dalam webinar ini, ia akan memudahkan peserta merancang perniagaan mereka dan menguruskan kewangan perniagaan mereka dengan lebih baik dan terancang. Semoga ilmu perniagaan yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu usahawan dalam perniagaan mereka.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – OPEN TUITION DILEA TINGKATAN 1 – 5
| TARIKH | 5,6,9,10,12,16,23,24 & 26 Februari 2026 |
| MASA | 3:30 PM – 4:30 PM & 2:45 PM – 3:45 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 12 ORANG |
TUJUAN: NADI Nurture DILEA Digital Learning membawakan kelas ulangkaji secara percuma. Subjek asas seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah, dan khas untuk Tingkatan 6 – Pengajian Am turut disediakan. Semua kelas dijalankan secara santai, interaktif dan mudah difahami bersama tenaga pengajar yang berpengalaman.
Kenapa pilih Open DILEA Tuition?
- Pembelajaran berinteraksi yang sangat menarik
- Nota yang sangat efektif dan mudah difahami
- Kaedah pembelajaran yang sangat berkesan dengan video kelas yang boleh direkodkan untuk membolehkan anda mengulangi penjelasan guru bila-bila masa
- Kelas bimbingan kerja rumah yang sangat membantu, dengan penjelasan selama satu jam setengah setiap hari!
- Analisis yang sangat jelas, laporan kemajuan pelajar bulanan yang diberikan setiap bulan untuk membantu anda memantau kemajuan pembelajaran anak anda!
NADI X KELAS KESEDARAN DAN PENSIJILAN (PODCAST LMS)
| TARIKH | 6,13,20 & 28 Februari 2026 |
| MASA | 3:00 PM – 3:30 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 6 ORANG |
TUJUAN: Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya.
Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.
Modul yang dipelajari adalah Kesihatan Fizikal Pemain E-Sukan, Kesihatan Mental Pemain E-Sukan, Disiplin Masa & Komitmen Sebagai Pemain dan
NADI X KIDSVENTURE – WEBINAR ATAS TALIAN
| TARIKH | 7,21 & 28 Februari 2026 |
| MASA | 10:00 AM – 11:30 AM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 3 ORANG |
TUJUAN: Webinar ini dilaksanakan bagi mengikuti Webinar Operasi Perniagaan dan Pemasaran 1 & 2.
NADI kidsventure ini memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun). Pelajar berpeluang mempelajari modul latihan berkaitan perancangan perniagaan, perancangan perniagaan operasi syarikat, perancangan kewangan perniagaan dan pemasaran. Webinar ini juga memberi pendedahan kepada asas dan aplikasi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) kepada pelajar.
NADI X KESEDARAN SSO NERA – TAKLIMAT BULI SIBER
| TARIKH | 9 Februari 2026 |
| MASA | 3:00 PM – 4:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 10 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menyertai Webinar mengenai Buli Siber.
Terima kasih kepada semua peserta yang komited untuk memperkasakan diri dengan pengetahuan tentang perlindungan data peribadi dan cara mengelak dari menjadi mangsa penipuan online. Ilmu yang dikongsi bukan sahaja membuka mata, malah mampu melindungi diri dan orang tersayang daripada menjadi mangsa.
Buli siber adalah serangan yang mampu menghakis emosi dan mencederakan jiwa. Sifatnya yang berterusan dan meluas menjadikannya lebih merbahaya, meninggalkan kesan psikologi yang mendalam.
Sepanjang sesi ini, para peserta didedahkan dengan:
- Bahaya & kesan siber buli di kalangan masyarakat.
- Cara mengatasi dan melindungi diri daripada ancaman digital.
- Kesedaran tentang etika & keselamatan dalam dunia maya.
NADI X CYBERSECURITY – WEBINAR CYBERSECURITY
| TARIKH | 12 & 26 Februari 2026 |
| MASA | 3:00 PM – 4:30 PM & 2:00 PM – 3:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 8 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar Cara Kenal Pasti Fail Berbentuk Virus Dan Siri Cyber Hygiene.
Webinar ini akan membincangkan tentang ancaman siber dalam dunia digital dan kepentingan menjaga keselamatan dalam talian. Peserta akan mempelajari langkah-langkah untuk melindungi data peribadi dan meningkatkan kesedaran terhadap risiko yang wujud dalam penggunaan teknologi moden.
NADI X E-SUKAN – PROGRAM WEBINAR WORLD BUILDING
| TARIKH | 28 Februari 2026 |
| MASA | 9:00 AM – 1:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN: Webinar Character Design bersama En. Faizal Hakimmy Husaini, seorang penceramah berpengalaman dalam bidang kreatif, animasi & penulisan skrip.
Webinar ini memberi pendedahan asas mengenai Character Design, merangkumi konsep reka bentuk watak, pembangunan identiti visual, ekspresi karakter serta pemahaman awal proses menghasilkan watak untuk animasi, permainan dan kandungan digital. Selain itu, webinar ini bertujuan mencungkil minat dan bakat kreatif peserta dalam bidang animasi digital yang boleh dimanfaatkan dalam e-sukan, penciptaan kandungan, pendidikan dan peluang kerjaya pada masa hadapan.
Sesi interaktif ini turut memberi ruang kepada peserta untuk bertanya, berkongsi idea, dan menerima maklum balas secara langsung, menjadikan pengalaman pembelajaran lebih mendalam walaupun dijalankan secara atas talian.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – ULANGKAJI TINY TECHIES (SEKOLAH MENENGAH)
| TARIKH | 28 Februari 2026 |
| MASA | 10:00 AM – 11:00 AM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 3 ORANG |
TUJUAN: Tujuan Ulangkaji Tiny Techies ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran Python, HTML & SQL bersama tenaga pengajar yang berpengalaman. Sepanjang sesi ini, para pelajar berpeluang untuk mengulang dan memperkemas kemahiran asas dalam pengaturcaraan serta menjawab beberapa soalan kuiz daripada tenaga pengajar.
Sesi berjalan dengan lancar dan pelajar menunjukkan minat serta tumpuan yang baik sepanjang satu jam kelas berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh hari ini dapat dimanfaatkan dalam pertandingan atau pembelajaran akan datang. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!