mcmc
Persatuan Belia

Belia Harapan Bangsa

1

 

PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA (ARP) RAKAN MUDA BETONG

TARIKH : 08 DISEMBER 2015 – 09 DISEMBER 2015

TEMPAT : RUMAH PANJANG NANGA AJAU,LAYAR BETONG

Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ini merupakan sebuah Program Pengiktirafan oleh Kerajaan diatas penglibat remaja secara aktif dalam bidang – bidang yang menyumbang ke arah proses kematangan remaja.

Anugerah ini diadaptasi dari Program “The Duke Of Edinburgh’s Award” atau kini lebih dikenali sebagai “The Internationak Award For YoungPeople” yang mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1957.Program Anugerah Antarabangsa ini kini diiktiraf di 126 buah negara di seluruh dunia.

Pada hari Selasa, tanggal 08 Disember 2015 – Unit Anugerah Remaja Perdana,Kementerian Belia Dan Sukan mengadakan Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda mengadakan ini di Rumah Panjang Nanga Ajau Layar Betong melibatkan semua remaja di sekitar Betong untuk melibatkan diri dengan program ini selama 2 Hari 1Malam .Dimana remaja yang mengikuti program ini diberikan keluarga angkat bagi mengeratkan hubungan dikalangan orang rumah panjang dan remaja sekaligus dapat mengenali adat resam masyarakat iban yang ramai remaja pada masa kini banyak yang tidak tahu cara kehidupan masyarakat iban.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI kg baru hulu Betong turut dijemput untuk bersama – sama menjayakan program Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda dimana pihak NADI diberikan kepercayaan untuk menjayakan Sdan mengendalikan aktiviti – aktiviti Sukan Rakyat seperti Marathon Pancing Botol Bola PingPong Dan Berjalan.

Syarat Penyertaan :

Anugerah Remaja Perdana (ARP) terbuka kepada semua remaja yang berumur antara 14 hingga 25 tahun tanpa mengira perbezaan jantina,agama,budaya mahupun kemampuan fizikal dan mental.

Tahap Anugerah :

Terdapat tiga (3) tahap Anugerah yang boleh disertai iaitu :

  •  Gangsa
  •  Perak
  •  Emas

CARTA ALIR ANUGERAH REMAJA PERDANA

(ARP) RAKAN MUDA

 

PROGRAM PEMBANGUNAN KERJAYA BELIA BAHAGIAN BETONG TAHUN 2015

Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Kg Baru Hulu Betong turut serta bagi membuka kaunter perkhidmatan dan pameran pada program tersebut yang bertempat di Dewan Sri Krian bagi membuka peluang kerjaya kepada belia dan sekaligus dapat memperkenalkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI kepada para belia di sekitar Bahagian Betong dimana NADI banyak dibina di Malaysia.

11224726 536943723119987 3776119875114926756 n

Suasana ceria Petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional menjaga Booth NADI di Pameran Pembangunan Kerjaya Belia 

Bahagian Betong bertempat di Dewan Sri Krian Saratok.

 

11863364 536943583120001 2830590332594106919 n

KLIK DENGAN BIJAK (KDB) : Didik pengguna Internet kearah pembudayaan penggunaan internet secara positiif.

 

11855806 536943653119994 4339118823501074222 n

Setinggi Penghargaan kepada Petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional Bahagian Betong

 PEDI FORT RENEE – PEDI KALOK – PEDI BETONG – PEDI BUNGEY – PEDI ROBAN – PEDI KABONG