USAHAWAN KECIL – Pengusaha Jualan Makanan
Nama |
: Rasidah bt. Samsudin |
Umur |
: 29 tahun |
Ahli |
: 202 |
Latar belakang
Pn Rasidah merupakan suri rumah sepenuh masa dan beliau kini telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan iaitu sebagai pengusaha jualan makanan seperti kuih muih yang di jual di kawasan rumah beliau. Beliau juga mengambil tempahan untuk membuat kuih muih yang berdekatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDI
Pendapatan bulanan beliau dalam perniagaan lebih kurang RM800 sahaja. Hal ini demikian kerana beliau tidak dikenali dalam perniagaannya dan kurang mempromosikan jualan beliau kepada orang ramai.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDI
Melalui kelas bimbingan dari Petugas PEDi yang berdekatan iaitu kelas keusahawanan online seperti shopee & Fb, kini pendapatan beliau agak memuaskan iaitu RM1000 dan dikenali setelah mempromosikan jualan di dalam media social seperti facebook.