mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG BULAN APRIL 2025

NADI X ICT – UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)

TARIKH9 APRIL 2025
MASA1:30 PM – 2:30 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk membimbing pelajar menjawab soalan bagi kelayakan untuk menjadi calon guru. e-UKCG adalah merupakan Ujian Psikometrik secara atas talian yang digunakan oleh IPGM KPM untuk menyaring calon-calon yang memohon latihan perguruan di IPG. Hanya calon yang lulus e-UKCG layak dipertimbangkan untuk menduduki saringan seterusnya.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KELAS KESEDARAN DAN PENSIJILAN (PODCAST LMS)

TARIKH10, 12, 20 & 26 APRIL 2025
MASA3.00 PM – 4.00 PM & 12:30 PM – 12:45 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA7 ORANG

TUJUAN: Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya. Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta. Antara modul-modul yang diterapkan adalah Modul Literasasi Digital & Masa Depan Komuniti, “Mental Kuat, Rank Naik”, Kod Etika Pemain E-Sukan, Kawalan Emosi & Mental Juara.

Podcast Episod 11: Mentaliti Juara pula membincangkan bagaimana membezakan seorang biasa dengan seorang juara dunia? Dalam episod istimewa ini, Sazali Samad, ikon bina badan negara dan juara dunia berkali-kali, membuka rahsia mentaliti kental, disiplin luar biasa dan semangat juang yang tidak pernah padam. NADI membongkar sisi yang jarang didengar iaitu tentang jatuh bangun, pengorbanan, dan bagaimana nilai-nilai ini mampu membentuk masa depan belia, termasuk dalam dunia e-Sukan.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR PERTANIAN PINTAR

TARIKH12, 16, 20 & 23 APRIL 2025
MASA11:00 AM – 12:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA2 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Modul Pertanian Pintar yang Berdasarkan Rancangan untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan keputusan dalam pertanian.

Di minggu ke 10, peserta telah mempelajari Teknologi Lepas Tuai dan Pembungkusan. Teknik yang digunakan selepas penuaian untuk mengekalkan kualiti, memanjangkan jangka hayat, dan mengurangkan kehilangan buah-buahan dan sayur-sayuran. Tujuannya adalah untuk memastikan keselamatan makanan, mengurangkan sisa, meningkatkan nilai pasaran dan menyokong amalan mampan. Pembungkusan mestilah cukup kuat untuk menahan tindanan dan kesan pemuatan dan pemunggahan. Ini mencegah kerosakan mekanikal dan kerosakan dari persekitaran.

Di minggu ke 11, peserta telah mempelajari tentang Pengurusan Ladang dan Sistem Sokongan Pertanian. Pengurus atau peladang ladang yang berpengetahuan dan profesional adalah penting untuk memaksimumkan penghargaan dan pendapatan tanah ladang pelaburan. Petani juga memerlukan satu sistem sokongan yang padu untuk memberi galakan dan sokongan kepada kemajuan pertanian mereka.

Di minggu ke 12 pula, peserta telah melakukan ulangkaji mengenai Pengenalan Asas Tanaman.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – MAHIR FOTO SHORT LEARNING SERIES (SLS)

TARIKH12 APRIL 2025
MASA2:00 PM – 4:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Program ini bertujuan untuk individu yang ingin memulakan atau mengembangkan kerjaya sebagai content creator. Peserta telah mempelajari pelbagai tips seperti merancang idea kandungan, strategi dalam meningkatkan engagement dan follower. Program ini sangat sesuai untuk mereka yang baru menceburi bidang ini dan content creator yang ingin naik ke tahap seterusnya. Pihak NADI telah mengundang Pensyarah Diploma Fotografi UiTM Lendu Melaka En Fahmi Samsudin bagi berkongsi tips untuk menjadi content creator yang berilmu dan bijak.

GAMBAR DISINI

PERTANDINGAN MOBILE LEGEND BANG BANG PERINGKAT NEGERI SARAWAK MUSIM KE-2

TARIKH19, 20 & 26 APRIL 2025
MASA9:30 AM – 1:00 PM & 11:00 AM – 1:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA5 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mencari pemenang bagi mewakili NADI untuk menuju ke peringkat yang seterusnya.

TAHNIAH diucapkan kepada pasukan PENGUIN kerana telah berjaya melengkapkan 6 round Pertandingan Mobile Legend Bang Bang Peringkat Negeri Sarawak selama 2 hari berturut-turut 19 & 20 April 2025 bersama wakil pemain dari NADI Ba’kelalan, NADI Sampat, NADI Piasau Utara, NADI Kampung Lambir, NADI Pekan Tatau & NADI Pekan Dalat.

Pada 26 April 2025 pula, pasukan PENGUIN telah melengkapkan 2 round Pertandingan Mobile Legend Bang Bang Peringkat Negeri Sarawak bersama wakil pemain dari NADI Fort Renee & NADI Pekan Kanowit. Terima kasih diucapkan kepada semua atas kerjasama yang diberikan dan membolehkan pertandingan ini berjalan dengan lancar. Jumpa lagi 3 @ 4 Mei nanti untuk last round bersama NADI Serasot!

NADI juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti e-sukan kami. Kehadiran dan sokongan mereka adalah kunci kepada kejayaan aktiviti ini. Kami berharap mereka menikmati setiap detik pengalaman ini dan kami tidak sabar untuk berjumpa lagi dalam aktiviti yang akan datang. Teruskan bermain, teruskan bersaing.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – NURTURE DiLea

TARIKH19 APRIL 2025
MASA2:30 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menyertai Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi Ke-2 bersama Teacher Kiran. Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi 2 oleh NADI Nurture DiLea ini merupakan inisiatif pembelajaran secara dalam talian yang direka khas untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5.

Tujuan program ini diadakan adalah:

  • Memberi pendedahan kepada teknik pembelajaran Bahasa Inggeris yang mudah, santai dan praktikal
  • Membina keyakinan peserta untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris secara berkesan
  • Menyediakan platform sokongan yang positif dan interaktif bagi meningkatkan kemahiran bahasa

Program ini juga memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran Bahasa Inggeris secara menyeluruh merangkumi aspek tatabahasa, kosa kata, penulisan, dan juga komunikasi lisan.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – BENGKEL TINY TECHIES (PROGRAM MENTOR) SESI 2 & 3

TARIKH20 & 27 APRIL 2025
MASA10:00 AM – 12:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA6 ORANG

TUJUAN: Tujuan Program Mentor Tiny Techies ini dijalankan adalah bertujuan untuk membimbing pelajar sekolah dalam mengembangkan kemahiran teknologi dan inovasi.

Program Mentor Tiny Techies Sekolah Rendah – Robot Sumo bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar dalam STEM serta membangunkan kemahiran berfikir kreatif dan menyelesaikan masalah melalui aktiviti robotik. Program ini turut memberi kebaikan seperti menggalakkan kerja berpasukan dan komunikasi, serta meningkatkan keyakinan diri pelajar apabila mereka berjaya mencipta dan mengendalikan robot dalam pertandingan.

Dengan bimbingan hebat daripada Ir. Dr. Nani Fadzlina Bt. Naim, pensyarah kanan dari UiTM Sarawak, mereka didedahkan kepada asas pengaturcaraan dan elektronik menggunakan micro:bit bagi kategori sekolah rendah.

Bagi kategori sekolah menengah pula, pelajar telah dibimbing oleh Prof Madya Ts. Dr. Zakiah Bt. Mohd Yusoff, Pensyarah Kanan Pengajian Kejuruteraan Elektrik Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Sarawak.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR JAHIT

TARIKH21 APRIL 2025
MASA9:30 AM – 11:30 AM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Dalam kursus MAHIR JAHIT ini, peserta akan mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat, termasuk mereka yang tiada pengalaman menjahit, kerana ia menyediakan bimbingan langkah demi langkah oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.

Modul untuk minggu ke 10 ini, pelajar akan mempelajari dan mempraktikkan cara:

  1. Menjahit zip
  2. Mencantum kain
  3. Menjahit getah pinggang
  4. Menjahit kekemasan hujung tangan, bawah baju dan bawah skirt.

GAMBAR DISINI

NADI X KESEDARAN SSO NERA – AWARENESS (SAFE AND SHIELD)

TARIKH24 APRIL 2025
MASA3:00 PM – 5:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA3 ORANG

TUJUAN: Pelajar telah menyertai Webinar Lindung Data Peribadi Anda & Penipuan Dalam Talian secara online.

  • SAFE – Anda kini lebih peka dalam Melindungi Data Peribadi daripada SCAM.
  • SHIELD – Anda kini lebih bersedia menghadapi Penipuan Dalam Talian.

Terima kasih kepada semua peserta yang komited untuk memperkasakan diri dengan pengetahuan tentang perlindungan data peribadi dan cara mengelak dari menjadi mangsa penipuan online. Ilmu yang dikongsi bukan sahaja membuka mata, malah mampu melindungi diri dan orang tersayang daripada menjadi mangsa.

Anda kini lebih bersedia untuk menjadi pelindung data diri sendiri dan orang tersayang! Teruskan berkongsi ilmu dan menjadi agen perubahan dalam komuniti kita. Zaman sekarang, data peribadi adalah harta kita. Jaga, lindungi dan jangan mudah terpedaya!

GAMBAR DISINI

NADI X CYBERSECURITY – TAKLIMAT KESELAMATAN SIBER UNTUK WANITA

TARIKH25 APRIL 2025
MASA3:30 PM – 5:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar Keselamatan Siber untuk Wanita. Webinar ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam bidang keselamatan siber dengan memberikan pendedahan kepada cabaran, peluang, dan strategi yang boleh membantu mereka membina kerjaya yang berjaya dalam industri ini.

Antara yang akan dipelajari adalah:

  • Cara mengesan dan mengelak penipuan dalam talian
  • Melindungi akaun media sosial & data peribadi
  • Etika dan keselamatan digital untuk wanita
  • Apa yang perlu dilakukan jika menjadi mangsa serangan siber

GAMBAR DISINI

NADI X ICT – MENGEMASKINI MAKLUMAT DI WEBSITE SPA

TARIKH25 APRIL 2025
MASA2:30 PM – 3:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing klien mengemaskini maklumat diri mereka di dalam website Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Klien telah meminta tunjuk ajar petugas dan juga mempelajari cara untuk mengubah, menambah dan menyimpan maklumat di dalam website tersebut.

GAMBAR DISINI