mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG BULAN DISEMBER 2024

NADI X KEUSAHAWANAN – WEBINAR 3 & 4 LATIHAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN 101

TARIKH2 DISEMBER 2024
MASA2:00 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA2 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mempelajari Strategi Pemasaran dan Rancangan Perniagaan.

Pelbagai strategi pemasaran yang telah dikongsikan bagi membolehkan produk jualan mereka dapat dikenali oleh ramai orang. Antaranya adalah:

  • Pelan pemasaran yang kukuh
  • Kenal pasti pesaing
  • Cara menghasilkan produk berkualiti
  • Pembungkusan produk yang menarik
  • Menguasai pemasaran digital
  • Menentukan lokasi jualan produk

Bagi Rancangan Perniagaan pula, antara tips yang telah dikongsikan adalah:

  • Memberi peluang kepada usahawan menilai produk yang dirancang dengan teliti
  • Merancang keperluan sumber perniagaan
  • Menjangka risiko dan masalah yang timbul semasa melaksanakan perniagaan
  • Memberi gambaran sama ada perniagaan yang dirancang berdaya maju atau tidak

GAMBAR DISINI

NADI X MAHIR – KURSUS PENGENALAN DAN KUIZ MAHIR FOTO SESI 3

TARIKH4 DISEMBER 2024
MASA4:00 PM – 5:00 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pemahaman asas kepada peserta mengenai konsep dan teknik fotografi. Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari cara mengendalikan fotografi menggunakan telefon pintar serta memahami penggunaan Aperture, Kelajuan Pengatup (Shutter Speed), Dedahan (Exposure), dan ISO. Peserta juga akan didedahkan kepada teknik penggambaran seperti menangkap pergerakan, close-up, pemandangan, dan lain-lain teknik fotografi yang relevan. Setelah itu, peserta juga diberikan kuiz mengenai teknik pengambilan gambar yang berkesan.

GAMBAR DISINI

NADI X KEUSAHAWANAN – WEBINAR 5 LATIHAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN 101

TARIKH5 DISEMBER 2024
MASA3:00 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA4 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk belajar mengenai E-Invoice & Pematuhan Perniagaan. E-invoice adalah rekod digital untuk pertukaran transaksi antara penjual (pembekal) dengan pembeli, yang melalui portal kerajaan dalam masa nyata untuk pengesahan dan penyimpanan rekod. Pematuhan terhadap peraturan e-Invoice untuk perniagaan melalui penyepaduan teknologi ini adalah sangat mencabar. Jadi, melalui webinar ini, usahawan dapat mempelajari bagaimana menguruskan perniagaan mereka jika memerlukan e-Invoice di dalam transaksi pembayaran mereka.

GAMBAR DISINI

NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI – MARI SIHAT BERSAMA NADI!

TARIKH6 DISEMBER 2024
MASA3:30 PM – 4:00 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA2 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi saringan kesihatan percuma kepada ahli NADI. Antara saringan yang disediakan oleh NADI adalah:

  1. Saringan Tekanan Darah
  2. Saringan Gula Dalam Darah
  3. Body Mass Index (BMI)

Petugas NADI telah diberi latihan khas untuk melakukan saringan asas ini. NADI dan pihak KKM bekerjasama dalam menggalakkan komuniti setempat agar lebih peka dan sedar akan ketingkatan kesihatan anda.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – PROGRAM KHAS NADI-NURTURE DELIA

TARIKH7 DISEMBER 2024
MASA3:00 PM – 5:00 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana teknik belajar yang berkesan, khususnya dalam menulis nota yang mudah diingati dan teratur. Program Khas NADI-Nurture Dilea bertajuk “Chapter 1: Nota NoteMaster Pro” ini telah dilaksanakan secara atas talian bersama tenaga pengajar Encik Osman Affan.

Antara kemahiran yang bakal dikuasai dan diperolehi setelah mengikuti program khas ini adalah :

  • Memahami konsep Nota CAPTURE & Nota CREATION
  • Mengenalpasti konsep isi penting & kata kunci
  • Menguasai teknik Nota Outline, Peta Konsep & Flash Card

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KELAS KESEDARAN DAN PENSIJILAN SESI 5 (MINGGU 1 & 2)

TARIKH8 DISEMBER 2024
MASA3:30 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA4 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menunjukkan tayangan Podcast NADI Malaysia Segmen E-Sukan – Episod 3: “Masa Depan e-Sukan dalam Pendidikan“. Episod kali ini menampilkan YBhg. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh, Timbalan Dekan (Akademik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Antara topik menarik yang dibincangkan adalah:

  • Bagaimana e-sukan berkembang dalam konteks pendidikan.
  • Manfaat e-sukan dalam membina kemahiran seperti Penyelesaian Masalah (Problem Solving) dan Pemikiran Kritis (Critical Thinking).
  • Cara e-sukan menyokong pengajaran dan pembelajaran untuk generasi muda.
  • Cabaran utama serta penyelesaian untuk mengatasi stigma negatif terhadap e-sukan. 

Mari bersama-sama kita ketahui bagaimana E-sukan dapat memberi pendidikan yang cemerlang untuk masa depan anak anda.

GAMBAR DISINI

NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI – MARI SIHAT BERSAMA NADI!

TARIKH8 DISEMBER 2024
MASA4:30 PM – 5:00 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA4 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi saringan kesihatan percuma kepada ahli NADI. Antara saringan yang disediakan oleh NADI adalah:

  1. Saringan Tekanan Darah
  2. Saringan Gula Dalam Darah
  3. Body Mass Index (BMI)

Petugas NADI telah diberi latihan khas untuk melakukan saringan asas ini. NADI dan pihak KKM bekerjasama dalam menggalakkan komuniti setempat agar lebih peka dan sedar akan ketingkatan kesihatan anda.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KELAS BIMBINGAN AKADEMIK DELIA (BAHASA MELAYU)

TARIKH10 DISEMBER 2024
MASA3:30 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing pelajar dalam matapelajaran Bahasa melayu. Kelas ini telah direka khas untuk membantu pelajar yang lemah dalam subjek tertentu di sekolah dan telah ditapis sepenuhnya oleh pihak DeLia bagi membolehkan pelajar mendapat input yang bersesuaian serta mengikuti silibus yang sama diajar semasa di sekolah.

GAMBAR DISINI

NADI X KESEDARAN – TAKLIMAT NADI SAFE & SHIELD DAN PERKHIDMATAN PINTAR DI SJK (C) CHUNG HUA BETONG

TARIKH12 DISEMBER 2024
MASA8:30 AM – 10:00 AM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA442 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai perkhidmatan pintar NADI serta pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan keselamatan penggunaan internet pada masa kini.

Fokus program ini adalah :

  • Pengenalan kepada lima teras Perkhidmatan Pintar NADI
  • Keselamatan digital dalam kalangan pelajar
  • Pencegahan penipuan siber
  • Cara mengelak penyebaran maklumat palsu

Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama dalam membentuk komuniti yang lebih beretika dan menjaga keselamatan digital mereka.

GAMBAR DISINI

NADI X MAHIR – KURSUS MAHIR FOTO SESI 4

TARIKH18 DISEMBER 2024
MASA4:00 PM – 5:00 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajarkan pengetahuan asas tentang cara mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintar, dengan mempraktikkan teknik yang tepat serta proses penyuntingan yang berkualiti. Selain itu, peserta akan diperkenalkan kepada kaedah mencipta dan mengurus kandungan (content creation) media sosial yang menarik dan relevan mengikut trend terkini.

GAMBAR DISINI

E-LEARNING – KUIZ SEJARAH

TARIKH22 DISEMBER 2024
MASA10:00 AM – 11:00 AM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA3 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar pelajar mengenai sejarah negara Malaysia melalui kuiz dari aplikasi wordwall. Pelbagai soalan dan aktiviti yang boleh dipelajari dari aplikasi ini.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KELAS KESEDARAN DAN PENSIJILAN SESI 6 (MINGGU 3 & 4)

TARIKH22 DISEMBER 2024
MASA2:30 PM – 3:30 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA4 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menunjukkan tayangan Podcast NADI Malaysia Segmen E-Sukan – Episod 4: “Pendidikan dan e-Sukan – Dari Perspektif Pendidik”. Episod kali ini menampilkan Cikgu Mohd Hafeez bin Ab Ghafur@Yaakub, Guru Bimbingan Kaunseling dari SK Bukit Kemuning 2, Shah Alam, Selangor.

Cikgu Mohd Hafeez telah berkongsi pandangan sebagai seorang pendidik mengenai:

  • Potensi e-sukan dalam membangunkan kemahiran pelajar seperti penyelesaian masalah, komunikasi, dan strategi.
  • Cabaran yang dihadapi oleh pendidik dalam mendidik generasi muda yang terlibat dalam e-sukan.
  • Peranan sekolah dan ibu bapa dalam menyokong minat pelajar terhadap e-sukan secara bertanggungjawab.

Podcast ini sesuai untuk:

  • Guru yang ingin memahami peranan e-sukan dalam pendidikan.
  • Ibu bapa yang ingin mengetahui bagaimana e-sukan boleh menyokong pembelajaran anak-anak.
  • Pelajar yang berminat dalam e-sukan dan pendidikan.

GAMBAR DISINI

ICT – COMPUTER LAB GAMES

TARIKH24 DISEMBER 2024
MASA3:30 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA3 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar kemahiran asas menaip kepada pelajar sekolah rendah serta meningkatkan kefasihan mereka dalam penggunaan papan kekunci komputer.

Antara kelebihan kepada peserta ialah peserta mendapat pendedahan awal dalam kemahiran menaip, membantu mereka menguasai penggunaan papan kekunci yang betul dan meningkatkan keyakinan diri dalam menaip. Kemahiran menaip yang diperoleh akan memudahkan pelajar untuk menguasai kemahiran digital di masa depan, menjadikan mereka lebih bersedia dalam menghadapi era pembelajaran berasaskan teknologi.

GAMBAR DISINI

NADI X KESEDARAN – WEBINAR SAFE & SHIELD

TARIKH28 DISEMBER 2024
MASA2:30 PM – 3:30 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA4 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta cara untuk melindungi perniagaan dari segi keselamatan dalam internet dan juga media sosial.

Webinar Safe and Shield ini diadakan secara atas talian dengan menggunakan platform google meet yang menampilkan Imran Ajmain sebagai seorang Artis & Influencer Malaysia di mana beliau telah berkongsi pandangan mengenai isu ini. Webinar ini memberi kesedaran kepada peserta mengenai ancaman, risiko semasa menggunakan kemudahan Internet dan juga media sosial serta tips keselamatan dalam Internet.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – PROGRAM WEBINAR NADI TINY TECHIES

TARIKH30 DISEMBER 2024
MASA3:00 PM – 4:00 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA3 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan pelajar sekolah kepada teknologi micro:bit dan robotik. Melalui sesi ini, pelajar akan belajar asas pengaturcaraan, reka bentuk projek, dan kemahiran menyelesaikan masalah. Program ini juga mendorong minat dalam bidang STEM dan memberikan pengalaman praktikal yang penting untuk perkembangan mereka di era digital. Dengan pendekatan interaktif, peserta dapat mengasah kreativiti sambil memahami potensi teknologi dalam kehidupan seharian.

Kelas Pengenalan kepada Micro:bit dan Robotik melalui Google Meet di NADI Parit ini telah disampaikan oleh penceramah dari Elvira System iaitu Encik Mohd Farid Zainal Abidin dan Ts Izwan Hadi Zamhuri.

GAMBAR DISINI

ICT – MENGISI PERMOHONAN NIKAH

TARIKH31 DISEMBER 2024
MASA11:00 AM – 12:00 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA2 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing klient cara-cara untuk mengisi pemohonan nikah di dalam website KISWA Sarawak.  

Klient telah meminta petugas membantunya mengisi permohonan nikah di dalam laman sesawang Kiswa Sarawak. Petugas juga telah mengajar klient cara untuk mengimbas dokumen menggunakan handphone dan memuat naik pdf ke dalam laman tersebut.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KELAS MICROBIT 1 ONLINE

TARIKH31 DISEMBER 2024
MASA3:00 PM – 4:00 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA2 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta yang menunjukkan minat tinggi dalam meneroka dunia pengaturcaraan sambil dibimbing oleh fasilitator yang berpengalaman.

Program ini melibatkan pelajar sekolah rendah dengan memfokuskan :

  • Pengenalan Asas Coding untuk membina kemahiran teknologi sejak usia muda.
  • Aktiviti Interaktif & Praktikal yang menggalakkan kreativiti dan penyelesaian masalah.
  • Pemantapan Literasi Digital sebagai persediaan menghadapi dunia digital masa kini dan masa hadapan.

GAMBAR DISINI