mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG BULAN FEBRUARI 2025

PEMBUKAAN KAUNTER BERGERAK TABUNG HAJI X NADI

TARIKH4 FEBRUARI 2025
MASA9:00 AM – 10:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA2 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membantu komuniti setempat mengenai pendaftaran akaun baru Tabung Haji. Selain itu, pihak tabung haji juga membuka urusan bagi pendaftaran THJari, TH Khairat, kemaskini maklumat peribadi dan juga penyimpanan tunai.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR PERTANIAN PINTAR

TARIKH5, 7, 12, 14, 19 & 22 FEBRUARI 2025
MASA11:00 AM – 12:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA2 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Modul Pertanian Pintar yang Berdasarkan Rancangan untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan keputusan dalam pertanian.

Di minggu ke 4, peserta telah diberikan kuiz mengenai Pengenalan Fertigasi dan Asas Kesuburan Tanah. Kuiz ini direka khusus untuk menguji pemahaman peserta mengenai konsep-konsep penting dalam sistem fertigasi serta faktor-faktor yang mempengaruhi kesuburan tanah. Dengan menjawab soalan-soalan yang disediakan, peserta dapat mengukur pengetahuan mereka dan memperdalam kefahaman tentang teknik pertanian moden yang berkesan ini.

Pada kelas Pertanian Pintar minggu ke 5 pula, di mana peserta akan meneroka konsep penting dalam pengurusan serangga perosak dan kawalan yang berkesan. Dalam kelas ini, pengajar akan membincangkan pelbagai teknik dan strategi, termasuk kawalan biologi, penggunaan perangkap pintar, serta pemantauan berasaskan teknologi, dengan harapan untuk menghasilkan pertanian yang lebih produktif dan mesra alam.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR FOTO

TARIKH5, 12 & 19 FEBRUARI 2025
MASA4:00 PM – 5:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mempelajari pengetahuan asas tentang cara mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintar, dengan mempraktikkan teknik yang tepat serta proses penyuntingan yang berkualiti.

Dalam kelas mahir fotografi minggu ke 10 ini, pelajar telah didedahkan dengan suntingan gambar dalam fotografi. Tugasan kali ini adalah pelajar dikehendaki untuk menyunting gambar yang telah diberikan mengikut kreativiti masing-masing. Pelajar juga telah didedahkan dengan info-info fotografi dan cara-cara mengambil gambar dan juga suntingan gambar. Pelajar diberikan latihan kendiri kali ini untuk menguji tahap kemahiran masing-masing.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR JAHIT

TARIKH6, 12 & 24 FEBRUARI 2025
MASA11:00 AM – 12:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik.

Di minggu 1 dan ke 2 adalah sesi pengenalan pengajar dan pelajar, cara penggunaan Mahir Training System (MTS) dan pengenalan kursus mahir jahit.

GAMBAR DISINI

NADI X KEUSAHAWANAN – KELAS KRAFTANGAN RESIN ART

TARIKH8 & 9 FEBRUARI 2025
MASA9:00 AM – 12:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA10 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mempelajari seni kraftangan resin art. Seni resin atau resin art bukanlah sekadar kraftangan. Selain hobi di waktu lapang, penghasilan seni resin boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan bagi yang berminat untuk jana pendapatan. Oleh itu, peserta perlu mempelajari asas kemahiran pembuatan seni resin dan mengetahui kaedah terbaik bagi menghasilkan produk rantai kunci seni resin yang berkualiti.

NADI telah bekerjasama dengan tenaga pengajar Puan Angela Anne bagi mengadakan Kelas Kraftangan Resin Art Keychain ini selama 2 hari bersama-sama para peserta yang cukup berminat untuk mengikuti kelas ini. Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bersama menjayakan program ini dan sekaligus mereka juga telah menjadi AHLI NADI secara percuma.

GAMBAR DISINI

NADI X KEUSAHAWANAN – WEBINAR PENCARIAN IKON USAHAWAN 2025 SESI 2 (COHORT 1)

TARIKH13 FEBRUARI 2025
MASA11:00 AM – 1:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA2 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar sesi 2 yang bertajuk Pemasaran dan Operasi Perniagaan. Pemasaran adalah kunci untuk menarik pelanggan dan meningkatkan jualan. Operasi perniagaan yang lancar pula memastikan perniagaan dapat berfungsi dengan baik.

Selama 2 bulan, usahawan NADI x Keusahawanan telah melalui satu perjalanan penuh ilmu dan pengalaman dalam dunia keusahawanan. Dengan aktiviti Video Pra-Latihan, Webinar, dan Podcast, setiap sesi direka khas untuk membentuk minda usahawan muda yang inovatif dan berdaya saing.

Secara keseluruhannya, webinar ini memberi pendedahan kepada usahawan tentang strategi pemasaran yang berkesan serta cara mengurus operasi perniagaan dengan lebih sistematik supaya mereka boleh mengembangkan perniagaan dengan lebih baik. Semoga ilmu perniagaan yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu usahawan dalam perniagaan mereka.

Tahniah kepada semua peserta yang telah menamatkan sesi dengan penuh komitmen dan semangat luar biasa! Kejayaan ini bukan sekadar tanda tamat program, tetapi langkah pertama ke arah menjadi Ikon Usahawan di masa depan.

GAMBAR DISINI

NADI X KESEDARAN – TAKLIMAT SIBER BULI

TARIKH13 FEBRUARI 2025
MASA3:00 PM – 4:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA3 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Taklimat Siber Buli yang bertajuk Lindungi Diri Anda di Dunia Digital anjuran SSO NERA. Perbuatan siber buli atau cyberbullying merujuk kepada penggunaan teknologi digital untuk mengganggu, merosakkan reputasi atau menakut-nakutkan seseorang. Kegiatan buli ini juga boleh berlaku melalui pelbagai platform dalam talian antaranya laman media sosial, e-mel, laman web dan pesanan teks.

Jadi dengan mengikuti taklimat ini, pelajar dapat mengetahui langkah-langkah yang dapat mengurangkan risiko menjadi mangsa siber buli dan melindungi kesejahteraan diri mereka di dalam persekitaran dunia digital.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – PEMBERIAN SIJIL DAN JERSEY E-SPORT

TARIKH21 FEBRUARI 2025
MASA3:00 PM – 3:30 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA5 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi sijil penyertaan dan jersey kepada peserta E-sukan Mobile Legend Bang Bang musim 1 / 2024. NADI ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti E-sukan kami. Kehadiran dan sokongan mereka adalah kunci kepada kejayaan acara ini. Kami berharap mereka menikmati setiap detik pengalaman ini dan kami tidak sabar untuk berjumpa lagi dalam aktiviti yang akan datang. Teruskan bermain, teruskan bersaing!

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – BENGKEL TINY TECHIES ROBOTIK

TARIKH22 FEBRUARI 2025
MASA10:00 AM – 12:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA4 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai asas robotik, termasuk konsep pemrograman mudah, pergerakan robot, serta penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian. Peserta berpeluang mengendalikan sendiri robot mini dan memahami cara teknologi boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang.

Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan minat pelajar terhadap STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), malah turut menggalakkan kreativiti serta kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan mereka.Bengkel seperti ini diharapkan dapat menjadi platform bagi pelajar untuk meneroka dunia teknologi dengan lebih mendalam serta membina asas kukuh dalam bidang robotik.

GAMBAR DISINI

INISIATIF KERAJAAN – VERIFIKASI SARAWAK PAY

TARIKH23 FEBRUARI 2025
MASA3:30 PM – 4:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA2 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi membantu komuniti untuk membuat permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dan juga pendaftaran Sararwak Pay. Dengan bantuan ini, mereka boleh membeli barangan keperluan asas menggunakan aplikasi digital Sarawak Pay Global.

GAMBAR DISINI

LAWATAN AGENSI

TARIKH26 FEBRUARI 2025
MASA2:30 PM – 4:00 PM
LOKASINADI Kampung Baru Hulu
PESERTA8 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah pihak Agensi Penilaian ingin melakukan lawatan Premis NADI bagi tujuan Sesi Penilaian Projek APPGM-SDG (Y23 SP444 – Pengurusan Pemasaran dan Jualan Atas Talian. Pihak Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah dilantik oleh Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) dengan kerjasama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) sebagai penyelidik dan ahli penilai bagi beberapa projek APPGM-SDG di Zon Sarawak 2.

Dalam rangka kerja penilaian projek yang dipilih, pihak mereka telah mengenalpasti projek Y23-SP444 sebagai salah satu lokasi lawatan dan penilaian FGD (Focus Group Discussion) dalam pelaporan utama bagi inisiatif Localising SDGs In Malaysia: Capacity Building on Monitoring and Impact Evaluation Program kepada pihak kerajaan pusat.

Jadi, pihak Agensi Penilaian ingin mengadakan sesi penilaian dan lawatan tapak projek (site visit) bagi melengkapkan rangka kerja-kerja penyelidikan dan penilaian projek tersebut bertempat di NADI.

GAMBAR DISINI