mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG BULAN JANUARI 2025

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR FOTO

TARIKH8, 15 & 22 JANUARI 2025
MASA4:00 PM – 5:00 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk untuk memberi pemahaman asas kepada peserta mengenai konsep dan teknik fotografi. Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari cara mengendalikan fotografi menggunakan telefon pintar serta memahami penggunaan Aperture, Kelajuan Pengatup (Shutter Speed), Dedahan (Exposure), dan ISO. Peserta juga akan didedahkan kepada teknik penggambaran seperti menangkap pergerakan, close-up, pemandangan, dan lain-lain teknik fotografi yang relevan. Setelah itu, peserta juga diberikan kuiz mengenai teknik pengambilan gambar yang berkesan.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR MASAK

TARIKH10, 18 & 24 JANUARI 2025
MASA9:30 AM – 10:30 AM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk melatih bahagian penyediaan dan pembuatan roti dan pastri dan minuman minuman cafe.

Minggu 1, peserta telah dikongsikan informasi tentang industri dan trend cafe yang merangumi kopi, teh dan minuman semasa. Ini bagi membolehkan peserta mendapatkan latihan serta maklumat yang selaras dengan perkembangan arus semasa. 

Minggu ke 2, peserta telah dilatih teknik-teknik dan cara-cara membuat beraneka jenis cookies, bun atau roti. Makanan yang sesuai untuk dijadikan produk jualan atau untuk santapan bersama keluarga.

Minggu ke 3 pula, peserta telah berpeluang mempelajari cara untuk membuat Korean Garlic Cheese Bun. Peserta boleh mempraktikkan resepi ini sama ada di dalam NADI ataupun di rumah sendiri.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR PERTANIAN PINTAR

TARIKH15, 18, 22 & 25 JANUARI 2025
MASA11:00 AM – 12:00 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA2 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Modul Pertanian Pintar yang berdasarkan rancangan untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan keputusan dalam pertanian. Modul ini menitikberatkan pada penggunaan data, analitik, dan alat cerdas untuk merancang strategi pertanian yang lebih efektif.

Minggu 1 telah diadakan sesi pengenalan Mahir Training System dan suai kenal bersama cikgu terlatih yang akan mengajar Modul Pertanian Pintar ini. Bagi minggu ke 2 pula, peserta telah didedahkan mengenai Pengenalan Fertigasi & Sistem Automatik. Ini memastikan peserta mendapat beberapa input berkaitan cara kerja pertanian pintar dari cara kerja manual pada zaman sebelum meluasnya teknologi di masa sekarang.

GAMBAR DISINI

ICT – MEMINDAH DOKUMEN UNTUK PERMOHONAN KAHWIN

TARIKH15 JANUARI 2025
MASA3:00 PM – 4:00 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing klient bagi memuatnaik dokumen penting dalam portal servis Sarawak. Klient telah meminta petugas membantunya mengisi permohonan nikah di dalam laman sesawang Kiswa Sarawak. Petugas juga telah mengajar klient cara untuk mengimbas dokumen menggunakan handphone dan memuat naik pdf ke dalam laman tersebut.

GAMBAR DISINI

NADI X CYBERSECURITY – WEBINAR MELINDUNGI PERNIAGAAN ANDA

TARIKH18 JANUARI 2025
MASA3:00 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membincangkan tentang Asas Keselamatan Siber untuk Usahawan bagi memastikan perniagaan dilindungi daripada ancaman siber yang semakin meningkat.

Peserta akan mempelajari :

  • Cara mengenal pasti ancaman siber yang sering berlaku
  • Teknik mudah melindungi data perniagaan anda
  • Langkah bijak memastikan keselamatan pelanggan anda

GAMBAR DISINI

KELAS MAHIR SHORT LEARNING SERIES (SLS) – TUTORIAL TIRAMISU VIRAL

TARIKH18 JANUARI 2025
MASA3:00 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mempelajari teknik mudah serta rahsia istimewa untuk menghasilkan kek Tiramisu yang lembut, berkrim, dan memikat! Sesuai untuk perniagaan mahupun hidangan istimewa keluarga tercinta, setiap gigitan pasti meninggalkan kenangan manis.

GAMBAR DISINI

NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – PROGRAM KHAS NADI-NURTURE DILEA

TARIKH18 JANUARI 2025
MASA3:00 PM – 5:00 PM
LOKASIGoogle Meet di lokasi peserta
PESERTA1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Program Khas NADI-Nurture DiLea Chapter 3: Aplikasi NoteMaster Pro yang dipimpin oleh Encik Osman Affan.

Kemahiran yang akan dikuasai oleh peserta adalah :

  • Menguasai cara mengaplikasikan teknik secara praktikal.
  • Mengusai teknik menghafal fakta dalam bentuk nombor.
  • Mengasai cara bekerjasama dalam kumpulan bagi menghasilkan nota yang berkesan dan mudah diingat hingga ke hari peperiksaan.

Program ini bukan sahaja membantu peserta memahami cara belajar secara strategik, malah memupuk semangat kerja berpasukan dan kreativiti dalam menyediakan bahan pembelajaran.

GAMBAR DISINI

NADI X KEUSAHAWANANWEBINAR PENCARIAN IKON USAHAWAN 2025 SESI 1 (COHORT 1)

TARIKH23 JANUARI 2025
MASA11:00 AM – 1:00 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA3 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mencari seorang Ikon Usahawan NADI yang berpotensi dalam perniagaan. Peserta telah mengikuti Webinar yang bertajuk Perancangan Perniagaan & Pengurusan Kewangan bersama tenaga pengajar yang cukup berpengalaman dalam bidang perniagaan.

Dengan ilmu yang dikongsikan dalam webinar ini, ia akan memudahkan peserta merancang perniagaan mereka dan menguruskan kewangan perniagaan mereka dengan lebih baik dan terancang.

GAMBAR DISINI

NADI X KESEDARAN – TAKLIMAT S.A.F.E & S.H.I.E.L.D

TARIKH23 JANUARI 2025
MASA3:00 PM – 4:30 PM
LOKASINADI Kg Baru Hulu
PESERTA3 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi taklimat Safe & Shield anjuran dari SSO NERA.

Peserta akan mempelajari:

  • Cara mengenal pasti ancaman siber yang sering berlaku
  • Teknik mudah melindungi data perniagaan anda
  • Langkah bijak memastikan keselamatan pelanggan anda

GAMBAR DISINI