NADI X KEUSAHAWANAN – WEBINAR PENCARIAN IKON USAHAWAN COHORT 4 SESI 1
TARIKH | 10 JULAI 2025 |
MASA | 10:00 AM – 11:30 AM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar sesi 1 yang bertajuk Pemasaran & Operasi Perniagaan. Pembelajaran sepanjang program dapat melahirkan usahawan yang berinovatif dan berdaya saing dikalangan usahawan NADI.
Selama 2 bulan, usahawan NADI x Keusahawanan akan melalui satu perjalanan penuh ilmu dan pengalaman dalam dunia keusahawanan. Dengan aktiviti Video Pra-Latihan, Webinar, dan Podcast, setiap sesi direka khas untuk membentuk minda usahawan muda yang inovatif dan berdaya saing.
Secara keseluruhannya, webinar ini memberi pendedahan kepada usahawan tentang strategi pemasaran yang berkesan serta cara mengurus operasi perniagaan dengan lebih sistematik supaya mereka boleh mengembangkan perniagaan dengan lebih baik. Semoga ilmu perniagaan yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu usahawan dalam perniagaan mereka.
NADI X CYBERSECURITY – WEBINAR CYBERSECURITY
TARIKH | 10 & 24 JULAI 2025 |
MASA | 10:00 AM – 12:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 7 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar Dari Serangan Siber ke Pemulihan dan Webinar Keselamatan Akaun Media Sosial.
Webinar dari serangan siber ke pemulihan ini mencerminkan skop webinar yang merangkumi pengurusan insiden siber, teknik OSINT, pencarian data sensitif, serta aspek forensik digital seperti hashing dan analisis bukti. Ia menarik perhatian audiens yang ingin memahami keseluruhan proses menangani serangan siber dan bagaimana menganalisis kesan serangan secara profesional.
Webinar keselamatan akaun media sosial ini pula membincangkan keselamatan akaun media sosial dengan menekankan ancaman seperti pendedahan maklumat peribadi, serangan phishing, dan penyamaran identiti. Peserta akan didedahkan dengan teknik audit akaun, semakan tetapan privasi, serta demonstrasi secara langsung bagaimana pautan phishing boleh memintas 2FA dan mengambil alih akaun.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – BENGKEL TINY TECHIES ULANGKAJI MENENGAH
TARIKH | 12 JULAI 2025 |
MASA | 10:00 AM – 12:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Tujuan Bengkel Tiny Techies ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran Python bersama tenaga pengajar yang berpengalaman. Sepanjang sesi ini, para pelajar berpeluang untuk mengulang dan memperkemas kemahiran asas dalam pengaturcaraan serta menjawab beberapa soalan kuiz daripada tenaga pengajar.
Sesi berjalan dengan lancar dan pelajar menunjukkan minat serta tumpuan yang baik sepanjang dua jam kelas berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh hari ini dapat dimanfaatkan dalam pertandingan atau pembelajaran akan datang. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!
NADI X EKELAS USAHAWAN
TARIKH | 14 JULAI 2025 |
MASA | 10:00 AM – 11:00 AM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Webinar NADI Nurture eKelas Usahawan adalah sebuah sesi dalam talian yang padat dengan ilmu praktikal dan strategi terkini dalam dunia keusahawanan digital.
Peserta telah mengikuti Kelas Modul 1 iaitu Strategi Pemasaran Digital. Melalui kelas ini, peserta akan mendapatkan tips dan strategi terus dari pakar industri, ketahui cara mengembangkan jenama anda secara digital dan mencipta kandungan yang menarik perhatian pelanggan.
NADI X INISIATIF KERAJAAN
TARIKH | 17 JULAI 2025 |
MASA | 3:00 PM – 4:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Ringankan Beban Musim Tengkujuh – Dapatkan Bantuan Tunai Rm800!
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dari RISDA telah dibuka untuk pekebun kecil yang berstatus warganegara Malaysia. Permohonan boleh dibuat pada 𝟭 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟬 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 kepada semua Pekebun Kecil dan Penoreh Getah yang layak.
Pemohon telah meminta bantuan petugas untuk mengisi bantuan BMT ini di dalam website RISDA. Inisiatif daripada Kerajaan ini sangatlah membantu pekebun kecil dalam melestarikan tanaman mereka.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR JAHIT INTAKE 2
TARIKH | 21 & 28 JULAI 2025 |
MASA | 9:30 AM – 11:00 AM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik.
Di minggu 1 dan ke 2 adalah sesi pengenalan pengajar dan pelajar, cara penggunaan Mahir Training System (MTS) dan pengenalan kursus mahir jahit.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR FOTO INTAKE 2
TARIKH | 23 & 30 JULAI 2025 |
MASA | 3:00 PM – 4:30 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menawarkan pengetahuan asas tentang cara mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintar, dengan mempraktikkan teknik yang tepat serta proses penyuntingan yang berkualiti. Selain itu, peserta akan diperkenalkan kepada kaedah mencipta dan mengurus kandungan (content creation) media sosial yang menarik dan relevan mengikut trend terkini.
Di minggu 1 dan ke 2 adalah sesi pengenalan pengajar dan pelajar, cara penggunaan Mahir Training System (MTS) dan pengenalan kursus mahir foto.
NADI X PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC) – PROGRAM FAKTA VS PALSU
TARIKH | 24 JULAI 2025 |
MASA | 9:00 AM – 1:00 PM |
LOKASI | Perpustakaan Awam Betong |
PESERTA | 26 ORANG |
Terima kasih kepada pihak Pusat Transformasi Luar Bandar kerana telah menjemput pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional – NADI Kampung Baru Hulu untuk bersama-sama menjayakan Program Fakta VS Palsu ini. Terima kasih juga diucapkan kepada petugas NADI Kluster Betong yang telah membantu melancarkan program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
- Taklimat Kesedaran mengenai Penyebaran Berita Palsu
- Keahlian NADI
- Saringan Kesihatan
NADI X JKOM – SESI PERJUMPAAN JKOM BERSAMA KEY COMMUNICATOR BETONG
TARIKH | 25 JULAI 2025 |
MASA | 9:00 AM – 12:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 17 ORANG |
Pihak NADI Kampung Baru Hulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Sarawak atas penganjuran Sesi Perjumpaan JKOM bersama Key Communicator yang telah berlangsung pada Jumaat, 25 Julai 2025.
Kehadiran Pegawai JKOM iaitu:
- En. Abang Nor’ Afnan, En. Hamiyrul Hafiq & En. Mohammad
- Cik Shanty Incham & Cik Nurul Najiha
Mereka telah memberi ruang kepada perkongsian idea, pandangan dan hala tuju dalam memperkukuh peranan komuniti sebagai penyampai maklumat yang berkesan. Semoga kerjasama strategik ini terus diperkasa demi manfaat bersama.
NADI X KESEDARAN SSO NERA – AWARENESS (SAFE AND SHIELD)
TARIKH | 25 JULAI 2025 |
MASA | 3:00 PM – 5:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 5 ORANG |
TUJUAN: Pelajar telah menyertai Webinar Safe Waspada Berita Palsu & Shield Perisian Berbahaya.
Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta supaya berwaspada dengan longgokkan berita palsu di masa kini. Sebaran berita palsu atau tidak sahih oleh pihak tertentu bukan sahaja mampu mendatangkan perasaan panik dalam kalangan masyarakat, malah kesannya boleh menggugat keselamatan negara. Sebagai komuniti yang bijak, anda boleh membantu menghentikan perbuatan tidak beretika itu dengan melaporkannya di pautan https://aduan.skmm.gov.my atau laman sesawang sebenarnya.my bagi mengetahui kesahihan sesuatu berita yang diterima.
Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan keselamatan siber serta cara melindungi akaun dan reputasi. Sepanjang sesi, peserta belajar tentang perisian berbahaya. Perisian berbahaya, atau malware, adalah program yang direka untuk melakukan tindakan jahat pada sistem komputer atau peranti tanpa kebenaran pengguna. Ia termasuk virus, cacing, trojan, dan perisian intip, yang semuanya boleh menyebabkan kerosakan, kecurian data, atau kehilangan kawalan ke atas peranti.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – BENGKEL UNBOXING KIT TINY TECHIES
TARIKH | 26 & 27 JULAI 2025 |
MASA | 10:00 AM – 12:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN: Tujuan Bengkel Unboxing Kit Tiny Techies ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah menengah tentang konsep Internet of Things (IoT) melalui penggunaan kit Tiny Techies secara hands-on dan interaktif.
Pengisian:
1. Pengenalan asas kepada komponen Microbit, Robotik & IoT dalam kit Tiny Techies.
2. Demonstrasi unboxing dan sambungan kit ke komputer.
3. Aktiviti interaktif penggunaan sensor dan perisian berkaitan.
4. Penerangan fungsi setiap komponen dan aplikasinya dalam projek digital.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KELAS KESEDARAN DAN PENSIJILAN (PODCAST LMS)
TARIKH | 27 JULAI 2025 |
MASA | 2.00 PM – 3.30 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN: Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya.
Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.
Antara modul-modul yang akan dipelajari adalah:
- 13 Julai 2025 – NESDEG Part 1
- 20 Julai 2025 – NESDEG Part 2
- 27 Julai 2025 – Pengurusan Kewangan & Tender Penganjuran E-Sukan
Kesemua Kelas Kesedaran & Pensijilan ini telah ditayangkan serentak pada hari yang sama.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR PERTANIAN PINTAR INTAKE 2
TARIKH | 31 JULAI 2025 |
MASA | 3:00 PM – 4:30 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan keputusan dalam pertanian. Modul ini menitikberatkan pada penggunaan data, analitik, dan alat cerdas untuk merancang strategi pertanian yang lebih efektif.
Di minggu 1 dan ke 2 adalah sesi pengenalan pengajar dan pelajar, cara penggunaan Mahir Training System (MTS) dan pengenalan kursus mahir pertanian pintar.