NADI X KESEDARAN SSO NERA – AWARENESS (SAFE AND SHIELD)
TARIKH | 9 JUN 2025 |
MASA | 3:00 PM – 5:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN: Pelajar telah menyertai Webinar Safe Perisian Merbahaya & Shield Laman Web Berbahaya.
Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan keselamatan siber serta cara melindungi akaun dan reputasi. Sepanjang sesi, peserta belajar tentang perisian merbahaya. Perisian berbahaya, atau malware, adalah program yang direka untuk melakukan tindakan jahat pada sistem komputer atau peranti tanpa kebenaran pengguna. Ia termasuk virus, cacing, trojan, dan perisian intip, yang semuanya boleh menyebabkan kerosakan, kecurian data, atau kehilangan kawalan ke atas peranti.
Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan keselamatan siber cara melindungi akaun dan reputasi. Sepanjang sesi, peserta belajar tentang ancaman siber dalam langkah keselamatan website. Biasanya laman yang tidak selamat ialah laman web yang memperdayakan anda untuk melakukan sesuatu yang berbahaya dalam talian, seperti cuba memperdayakan anda untuk memberikan kata laluan atau maklumat peribadi anda.
Aktiviti ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta bagi keperluan masa akan datang.
NADI X KEUSAHAWANAN – WEBINAR PENCARIAN IKON USAHAWAN COHORT 3 SESI 2
TARIKH | 12 JUN 2025 |
MASA | 10:00 AM – 11:30 AM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar sesi 1 yang bertajuk Pemasaran & Operasi Perniagaan. Pembelajaran sepanjang program dapat melahirkan usahawan yang berinovatif dan berdaya saing dikalangan usahawan NADI.
Selama 2 bulan, usahawan NADI x Keusahawanan akan melalui satu perjalanan penuh ilmu dan pengalaman dalam dunia keusahawanan. Dengan aktiviti Video Pra-Latihan, Webinar, dan Podcast, setiap sesi direka khas untuk membentuk minda usahawan muda yang inovatif dan berdaya saing.
Secara keseluruhannya, webinar ini memberi pendedahan kepada usahawan tentang strategi pemasaran yang berkesan serta cara mengurus operasi perniagaan dengan lebih sistematik supaya mereka boleh mengembangkan perniagaan dengan lebih baik. Semoga ilmu perniagaan yang diperolehi sedikit sebanyak dapat membantu usahawan dalam perniagaan mereka.
ICT – WEBSITE
TARIKH | 13 JUN 2025 |
MASA | 11:00 AM – 12:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Pegawai Penilai (PP) yang dilantik telah menyemak serta memastikan senarai Pegawai Yang Dinilai (PYD) di bawah seliaan, paparan borang skor PYD dan instrumen PYD adalah TEPAT berdasarkan bidang tugas PYD.
NADI X CYBERSECURITY – WEBINAR CYBERSECURITY
TARIKH | 13 & 20 JUN 2025 |
MASA | 10:00 AM – 12:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 8 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar Lindungi Identiti Digital Anda dan Webinar Memahami Risiko Siber dalam Permainan Online Anak-anak.
Webinar yang pertama bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan penting tentang:
✅Ancaman kebocoran data & serangan siber
✅Risiko di Dark Web dan bagaimana untuk melindungi diri
✅Teknik LTLR (Less Target, Less Risk) dalam keselamatan digital
Anak asyik dengan permainan online? Tapi… tahukah anda ada ancaman siber yang tersembunyi di sebalik permainan tersebut?
Webinar kedua pula telah membincangkan:
✅Ancaman siber yang biasa berlaku dalam permainan online
✅Cara melindungi privasi dan identiti digital anak
✅Peranan ibu bapa dalam pemantauan dan kawalan
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR PERTANIAN PINTAR
TARIKH | 14, 15, 18 & 22 JUN 2025 |
MASA | 11:00 AM – 12:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Modul Pertanian Pintar yang Berdasarkan Rancangan untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan keputusan dalam pertanian. Modul ini menitikberatkan pada penggunaan data, analitik, dan alat cerdas untuk merancang strategi pertanian yang lebih efektif.
Di minggu ke 18 adalah Ulangkaji Kenali Serangga Makhluk Perosak. Di minggu ke 19 pula, kelas penutup yang bermakna buat peserta kelas Mahir Pertanian Pintar!
Selepas beberapa sesi penuh ilmu dan praktikal, kelas terakhir ini menjadi ruang untuk recap pembelajaran, kuiz pengukuhan, dan perkongsian pengalaman peserta. Tahniah kepada semua yang komited hingga ke penghujung. Semoga ilmu yang diperoleh dimanfaatkan dalam usaha pertanian yang lebih cekap dan moden!
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – BENGKEL TINY TECHIES ULANGKAJI ROBOTIK
TARIKH | 14 JUN 2025 |
MASA | 10:00 AM – 12:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Tujuan Bengkel Tiny Techies ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran Robotik bersama tenaga pengajar yang berpengalaman. Sepanjang sesi ini, para pelajar berpeluang untuk mengulang dan memperkemas kemahiran asas dalam pengaturcaraan serta menjawab beberapa soalan kuiz daripada tenaga pengajar.
Sesi berjalan dengan lancar dan pelajar menunjukkan minat serta tumpuan yang baik sepanjang dua jam kelas berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh hari ini dapat dimanfaatkan dalam pertandingan atau pembelajaran akan datang. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat!
NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI
TARIKH | 15, 20, 21 JUN 2025 |
MASA | 12:00 PM – 12:15 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 8 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi saringan kesihatan percuma kepada ahli NADI. Antara saringan yang disediakan oleh NADI adalah:
- Saringan Tekanan Darah
- Saringan Gula Dalam Darah
- Body Mass Index (BMI)
Petugas NADI telah diberi latihan khas untuk melakukan saringan asas ini. NADI dan pihak KKM bekerjasama dalam menggalakkan komuniti setempat agar lebih peka dan sedar akan ketingkatan kesihatan anda.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR JAHIT
TARIKH | 17 JUN 2025 |
MASA | 2:30 PM – 4:30 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Alhamdulillah, program Kelas Mahir Jahit yang telah berlangsung dari bulan Februari 2025 hingga bulan Jun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan komitmen dari semua peserta!
Sepanjang 5 bulan ini, para peserta bukan sahaja belajar asas jahitan, malah berjaya menghasilkan projek kreatif jahitan sendiri seperti baju kurung dan apron.
Tahniah kepada peserta yang telah melengkapkan kelas ini dengan jayanya! Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kemahiran diri dan menambah pendapatan. Terima kasih juga kepada tenaga pengajar dan semua yang terlibat menjayakan program ini. Jumpa lagi dalam edisi seterusnya!
NADI X TINY TECHIES – PROGRAM KHAS SANTAI BERSAMA PAKCIK LAN
TARIKH | 21 JUN 2025 |
MASA | 10:00 AM – 11:30 AM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 7 ORANG |
TUJUAN: Tujuan Program Mentor Tiny Techies ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi inspirasi dan panduan kepada generasi muda untuk terlibat aktif dalam bidang STEM khususnya robotik, serta menyedarkan peranan penting mereka dalam menerajui pemerkasaan teknologi masa depan negara.
Dengan bertemakan Agenda Pemerkasaan STEM Robotik Nasional Bermula Dengan Anda, perkonsian dari program khas ini adalah:
1. Pengalaman & perjalanan Pakcik Lan dalam dunia STEM.
2. Peranan pelajar dalam pembangunan inovasi teknologi.
3. Peluang & kerjaya dalam bidang robotik.
4. Sesi interaktif bersama peserta.
5. Galakan pembudayaan STEM dalam komuniti sekolah & belia.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – BENGKEL TINY TECHIES (PROGRAM MENTOR) SESI 6
TARIKH | 22 JUN 2025 |
MASA | 10:00 AM – 12:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 3 ORANG |
TUJUAN: Tujuan Program Mentor Tiny Techies ini dijalankan adalah bertujuan untuk membimbing pelajar sekolah dalam mengembangkan kemahiran teknologi dan inovasi.
Objektif Tiny Techies adalah untuk memperkenalkan pelajar sekolah kepada asas teknologi dan kemahiran digital secara menyeronokkan. Program ini bertujuan membina kreativiti, pemikiran kritis, dan kemahiran menyelesaikan masalah melalui aktiviti berkaitan robotik, pengaturcaraan, dan teknologi terkini. Dengan pendekatan praktikal, Tiny Techies membantu pelajar membina keyakinan dalam penggunaan teknologi serta mempersiapkan mereka menghadapi cabaran masa depan dalam dunia digital yang pesat berkembang.
Dengan bimbingan hebat daripada Ir. Dr. Nani Fadzlina Bt. Naim, Pensyarah kanan dari UiTM Sarawak, mereka didedahkan kepada asas pengaturcaraan dan elektronik menggunakan micro:bit bagi kategori sekolah rendah.
Bagi kategori sekolah menengah pula, pelajar telah dibimbing oleh Prof Madya Ts. Dr. Zakiah Bt. Mohd Yusoff, Pensyarah Kanan Pengajian Kejuruteraan Elektrik Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Sarawak.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – FORUM MAHIR BERSAMA KOMUNITI (INTAKE KE 2)
TARIKH | 26 JUN 2025 |
MASA | 11.00 AM – 12.00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 5 ORANG |
TUJUAN: Program Forum Bersama Komuniti diadakan untuk mencari peserta Mahir Intake 2, dan forum komuniti khas untuk mengenali lebih dekat perjalanan program NADI Mahir yang telah melahirkan ramai peserta mahir dan berdaya saing!
Dalam forum ini, peserta telah diterangkan lebih lanjut mengenai 5 Program Mahir yang ditawarkan iaitu:
- Mahir Jahit – Mengasah kemahiran menjahit dari asas ke tahap profesional, termasuk tudung, pakaian harian.
- Mahir Masak – Pelajari seni kulinari, penyediaan makanan popular dan asas perniagaan makanan kecil-kecilan.
- Mahir Foto – Latihan asas fotografi digital & suntingan, sesuai untuk media sosial, perniagaan atau kerjaya sambilan.
- Mahir Pertanian Pintar – Pendedahan kepada teknik pertanian moden & inovatif menggunakan teknologi pintar.
- Mahir Baiki Gajet – Pelajari kemahiran membaiki telefon pintar dan peranti elektronik – permintaan tinggi masa kini!
Forum ini bukan sekadar sesi taklimat – ia juga memberi peluang kepada peserta untuk bertanya, berkongsi minat dan menjadi calon peserta Intake 2!
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KELAS KESEDARAN DAN PENSIJILAN (PODCAST LMS)
TARIKH | 26 JUN 2025 |
MASA | 3.00 PM – 4.00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 5 ORANG |
TUJUAN: Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya.
Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.
Antara modul-modul yang akan diterapkan adalah:
7 Jun 2025 – Sains Sukan Dalam E-Sukan EP 1 (Sumber: Buletin TV3)
14 Jun 2025 – Sains Sukan Dalam E-Sukan EP 2 (Sumber: Buletin TV3)
21 Jun 2025 – Asas Pemakanan Sukan Bagi Atlet Remaja EP 1 (Sumber: DidikTV)
28 Jun 2025 – Asas Pemakanan Sukan Bagi Atlet Remaja EP 2 (Sumber: DidikTV)
Kesemua Kelas Kesedaran & Pensijilan ini telah ditayangkan serentak pada hari yang sama.