NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR PERTANIAN PINTAR
TARIKH | 1, 5, 8, 15, 19, 22 & 23 MAC 2025 |
MASA | 11:00 AM – 12:00 PM & 9.30 AM – 11.00 AM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan Modul Pertanian Pintar yang Berdasarkan Rancangan untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan keputusan dalam pertanian.
Di minggu ke 6, peserta telah mempelajari cara pemasangan Smart Watering Device yang menggunakan aplikasi Tuya. Objektif sistem penyiraman dan pembajaan berautomatik pintar ini ialah untuk memastikan tanaman mendapat isipadu air dan baja yang optimum bila diperlukan.
Di minggu ke 7, peserta telah mempelajari tentang keperluan baja dalam sesuatu tanaman. Selain itu, kandungan baja dan langkah-langkah penyediaan baja yang betul juga sangat dititikberatkan bagi mendapatkan tanaman yang sihat dan subur.
Di minggu ke 8 pula adalah tentang keperluan asas tanaman dan pembajaan. Keperluan asas tanaman terbahagi kepada 4 iaitu air, cahaya, nutrien, dan udara. Seperti kita, tanaman memerlukan beberapa keperluan asas untuk hidup dan dengan memastikan ianya mencukupi, tanaman anda akan tumbuh dengan baik dan sihat.
Di minggu ke 9, peserta telah didedahkan mengenai bagaimana serangga makhluk perosak boleh mengganggu dan merosakkan tanaman.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR FOTO
TARIKH | 12 & 19 MAC 2025 |
MASA | 2:00 PM – 3:30 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mempelajari pengetahuan asas tentang cara mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintar, dengan mempraktikkan teknik yang tepat serta proses penyuntingan yang berkualiti.
Dalam kelas mahir fotografi minggu ke 10 ini, pelajar telah didedahkan dengan suntingan gambar dalam fotografi. Tugasan kali ini adalah pelajar dikehendaki untuk menyunting gambar yang telah diberikan mengikut kreativiti masing-masing. Pelajar juga telah didedahkan dengan info-info fotografi dan cara-cara mengambil gambar dan juga suntingan gambar. Pelajar diberikan latihan kendiri kali ini untuk menguji tahap kemahiran masing-masing.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR JAHIT
TARIKH | 4 & 13 MAC 2025 |
MASA | 9:30 AM – 11:00 AM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik.
Di minggu 4, peserta telah mempelajari asas jahitan tangan dan mesin. Pelbagai jenis jahitan asas yang telah diajarkan dan peserta dapat mengenali pelbagai alat dan bahan yang digunakan untuk memulakan satu jahitan.
Di minggu ke 5, peserta telah mempelajari cara untuk membuat apron. Pada akhir modul ini, peserta akan mempraktikkan cara mendraf pola dan memotong apron. Selain itu, peserta juga akan didedahkan kepada cara menggunakan alatan menanda,menggunting dan mengukur.
Di minggu ke 6 pula, cara untuk menjahit apron telah dimulakan. Kelas ini juga dapat memahirkan peserta dengan teknik-teknik jahitan yang akan dipelajari sekaligus belajar bagaimana merekacipta design apron baru.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KELAS KESEDARAN DAN PENSIJILAN (PODCAST LMS)
TARIKH | 8, 15 & 23 MAC 2025 |
MASA | 11:30 AM – 12:00 PM & 3.30 PM – 4.00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 8 ORANG |
TUJUAN: Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya. Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – BENGKEL TINY TECHIES PYTHON
TARIKH | 8 MAC 2025 |
MASA | 10:00 AM – 12:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai asas Python. Python adalah salah satu bahasa pengaturcaraan yang paling popular dan tidak memerlukan pengenalan. Ia juga merupakan salah satu bahasa yang paling popular digunakan dalam pembangunan web, pengaturcaraan, sains data dan pembelajaran mesin.
Bengkel ini bertujuan untuk:
- Memberi pendedahan awal kepada pengaturcaraan Python
- Menggalakkan pemikiran logik dan penyelesaian masalah
- Melatih kemahiran inovasi melalui projek elektronik
- Membantu peserta membina keyakinan dalam dunia
NADI X CYBERSECURITY – WEBINAR KESELAMATAN SIBER DALAM ESPORT
TARIKH | 8 MAC 2025 |
MASA | 10:00 AM – 11:30 AM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar Keselamatan Siber dalam Esport yang bertajuk Melindungi Akaun & Reputasi Anda. Webinar ini membincangkan langkah-langkah penting untuk melindungi akaun permainan dan data peribadi daripada ancaman siber iaitu :
- Cara mengelakkan akaun digodam
- Kepentingan kata laluan yang selamat
- Kesedaran tentang ancaman dalam dunia e-sukan
Ilmu keselamatan siber amatlah penting, terutamanya bagi pemain e-sukan yang sering terdedah kepada serangan siber dan penipuan dalam talian. Semoga perkongsian ini dapat membantu komuniti kita menjadi lebih bijak dan selamat dalam dunia digital!
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KELAS KESEDARAN DAN PENSIJILAN (PODCAST YOUTUBE)
TARIKH | 11, 14, 23, 28 & 29 MAC 2025 |
MASA | 2:00 PM – 4:00 PM / 11:00 AM – 12:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 15 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menunjukkan tayangan Podcast NADI Malaysia Segmen E-Sukan.
Episod 5 – Kepentingan Kesihatan dalam e-Sukan – Dr Zatul, Pengasas Esports MedicA. Topik menarik ini mengupas isu kesihatan fizikal, mental, dan psikologi yang sering dihadapi pemain e-sukan, serta langkah-langkah pencegahan dan penjagaan yang boleh diambil. Jangan lepaskan peluang untuk mendengar panduan berharga dan tip berkaitan kesihatan e-sukan yang boleh membantu komuniti pemain, ibu bapa, dan pendidik memahami kepentingan keseimbangan antara e-sukan dan kesihatan.
Episod 6 – Amir Syafiq Bin Abd Rashid Pengurus Selangor Red Giants (SRG) yang memulakan langkah dalam dunia e-sukan selepas menamatkan pengajian dalam Aircraft Engineering di Moscow Aviation Institute. Dengan latar belakang kejuruteraan, beliau membuktikan bahawa semangat untuk e-sukan boleh berkembang menjadi kerjaya yang berjaya. Muhammad Azam Izzuddin bin Mohd Amin (Maima) Midlaner berbakat untuk RSG Esports MY dan graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari University of Malaya. Atlet profesional yang cemerlang di arena e-sukan sambil mengimbangi pencapaian akademik, menjadi inspirasi untuk generasi muda mengejar minat mereka dengan keyakinan.
Episod 7 – “Masa Depan eSports Selangor: Peluang, Cabaran & Peranan Persatuan” – Encik Mohd Hafis Bin Khairulah, Timbalan Presiden Persatuan Sukan Elektronik Selangor. Episod ini membincangkan perkembangan e-sukan di Selangor, cabaran industri serta peranan persatuan dalam membimbing komuniti e-sukan.
Episod 8 – Dari Pemain ke Pengurus: Membangun Kerjaya dalam e-Sukan – Encik Amirul Haiqal, Esports Trainer Todak Academy. Dalam episod ini, kita akan mendalami perjalanan seorang pemain e-sukan yang berkembang menjadi pengurus dan jurulatih profesional. Beberapa topik menarik yang dibincangkan:
✅ Langkah awal membina kerjaya dalam e-sukan
✅ Kemahiran penting untuk berjaya dalam industri ini
✅ Peluang kerjaya lain dalam ekosistem e-sukan
✅ Peranan Todak Academy dalam melahirkan bakat e-sukan
✅ Nasihat dan pandangan tentang masa depan industri
Episod 9 – Masa Depan Pendidikan Digital:Peranan e-Sukan, AI & Teknologi dalam Sekolah Podcast NADI e-Sukan. Bagaimana e-Sukan, AI, dan teknologi membentuk masa depan pendidikan di sekolah? Dalam episod ini, Encik Muhamad Amir Irfan Bin Abd Rahim dari Todak Academy berkongsi pandangan tentang bagaimana pembelajaran digital boleh meningkatkan kemahiran pelajar, mengubah kaedah pengajaran, serta membuka peluang baharu dalam pendidikan dan kerjaya.
Episod 10 – eSports & Pembangunan Belia: Masa Depan Industri di Negeri Sembilan. Dalam episod ini membincangkan bagaimana eSports boleh menjadi platform pembangunan belia yang berdaya maju di Negeri Sembilan bersama Encik Abdul Akif Bin Rahim, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan dan Naib Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan. Antara yang akan dipelajari dalam episod ini adalah:
- Peranan eSports dalam membangunkan bakat belia
- Cabaran dan peluang dalam industri eSports di Negeri Sembilan
- Usaha persatuan dalam memperkukuh ekosistem eSports di peringkat negeri dan kebangsaan
- Bagaimana eSports boleh membuka laluan kepada kerjaya dan pendidikan belia
- Inisiatif masa depan untuk membawa eSports ke tahap lebih tinggi
PERTANDINGAN MOBILE LEGEND BANG BANG MUSIM KE 2 – PERINGKAT SARINGAN
TARIKH | 14 MAC 2025 |
MASA | 2:00 PM – 4:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 15 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mencari wakil NADI Kampung Baru Hulu bagi mengikuti Pertandingan Mobile Legend Bang Bang peringkat negeri Sarawak yang akan di adakan pada bulan April – Jun nanti.
Terima kasih dan TAHNIAH diucapkan kepada pasukan PENGUIN kerana telah menjadi JUARA Pertandingan Mobile Legend Bang Bang dan SYABAS diucapkan kepada 2 pasukan yang lain iaitu MINS’IOR 7 & DARK KNIGHT kerana telah bersama memberi saingan yang tidak kurang hebat juga.
NADI ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti E-sukan kami. Kehadiran dan sokongan mereka adalah kunci kepada kejayaan aktiviti ini. Kami berharap mereka menikmati setiap detik pengalaman ini dan kami tidak sabar untuk berjumpa lagi dalam aktiviti yang akan datang. Teruskan bermain, teruskan bersaing!
NADI X CYBERSECURITY – WEBINAR ANCAMAN SIBER DALAM ESPORTS
TARIKH | 15 MAC 2025 |
MASA | 2:00 PM – 3:30 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar Ancaman Siber Dalam Esports. Dunia esports bukan sekadar mempamerkan kemahiran bermain, tetapi juga keselamatan digital juga perlu di ambil kira! Serangan DDoS boleh melumpuhkan server & sambungan internet, menyebabkan lag & kekalahan. Phishing menipu pemain supaya memberikan maklumat akaun melalui laman web palsu. Baiting menggunakan umpan seperti hadiah percuma untuk menyebarkan perisian jahat. Pretexting pula manipulasi identiti untuk mencuri data. Jangan terperangkap—aktifkan 2FA, dan elakkan klik pautan yang mencurigakan & lindungi akaun anda. Dunia esports juga terdedah kepada ancaman siber seperti phishing, DDoS, dan penipuan akaun. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa serangan digital!
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – BENGKEL TINY TECHIES (PROGRAM MENTOR) SESI 1
TARIKH | 16 MAC 2025 |
MASA | 10:00 AM – 12:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 4 ORANG |
TUJUAN: Tujuan Program Mentor Tiny Techies ini dijalankan adalah bertujuan untuk membimbing pelajar sekolah dalam mengembangkan kemahiran teknologi dan inovasi. Objektifnya termasuk memberi bimbingan terancang untuk kemajuan akademik, memupuk motivasi dan memperkukuh hubungan antara guru dan pelajar. Program ini juga bertujuan melatih pelajar menjadi bertanggungjawab dan berdisiplin serta memperkenalkan bidang kerjaya teknologi.
NADI X KESEDARAN SSO NERA – PERTANDINGAN REKA POSTER DIGITAL
TARIKH | 17 MAC 2025 |
MASA | 3:00 PM – 4:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk melatih pelajar dalam mereka poster digital bagi mengasah kemahiran kreatif dan teknikal mereka dalam menghasilkan karya visual yang efektif. Pelajar telah diajar tentang prinsip-prinsip reka bentuk seperti keseimbangan, kontras, tipografi, dan penggunaan warna yang sesuai untuk menyampaikan mesej dengan jelas. Pertandingan ini juga melibatkan penggunaan perisian reka bentuk digital Canva, di mana pelajar belajar cara menggabungkan teks, gambar, dan elemen grafik untuk menghasilkan poster yang menarik dan informatif.
ICT – MENGEMASKINI LAPORAN TAHUNAN PERKIM DALAM SISTEM eROSES
TARIKH | 18 MAC 2025 |
MASA | 11:30 AM – 12:30 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing klien dalam memberi idea bagi pengemaskinian laporan aktiviti tahunan persatuan mereka di dalam website eROSES. Klien juga mempelajari cara untuk menambah dan menyimpan maklumat di dalam sistem dengan kemas dan teratur.
NADI X KESEDARAN SSO NERA – TAKLIMAT PENGANTUNAN SIBER (CYBER GROOMING)
TARIKH | 21 MAC 2025 |
MASA | 3:00 PM – 4:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 6 ORANG |
TUJUAN: Pelajar telah menyertai Taklimat Pengantunan Siber (Cyber Grooming) secara atas talian. Pelajar telah didedahkan tentang pengantunan siber dan cara mengelakkan diri dari menjadi mangsa pengantunan siber. Selesai sesi taklimat, pelajar juga diberikan beberapa kuiz daripada laman sesawang Quiz.com. bagi menguji kefahaman mereka mengenai taklimat ini.
PROGRAM UNTOUCHED NADI A.K.A “BAZAR & BELAJAR @ NADI
TARIKH | 21, 22 & 23 MAC 2025 |
MASA | 9:30 AM – 4:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 20 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah sebagai sebahagian daripada inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI, Pejabat NADI, MCMC mencadangkan penganjuran Bazar Raya NADI secara serentak di semua NADI yang beroperasi di seluruh negara. Program ini mendapat sokongan daripada YBhg. Tan Sri Pengerusi MCMC dalam usaha memperkasakan usahawan tempatan, memperluaskan peluang pasaran, serta menarik lebih ramai penyertaan usahawan baharu dan juga ahli NADI.
PROGRAM BAZAR RAYA NADI 2025
TARIKH | 22 MAC 2025 |
MASA | 9:30 AM – 4:00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 25 ORANG |
TUJUAN: Buat julung kalinya, Bazar Raya NADI telah diadakan serentak di 1,077 premis NADI seluruh negeri pada 22 Mac 2025 yang lalu.
Syukur Alhamdulillah. Ini adalah antara sorotan sepanjang Bazar Raya @ NADI Kampung Baru Hulu. Terima kasih buat usahawan kami yang telah bersama-sama menjayakan serta pengunjung yang sudi memeriahkan Bazar Raya @ NADI.
Pelbagai jualan menarik seperti pakaian preloved, aksesori kraftangan resin, pelbagai aneka biskut serta kuih raya dan juga makanan tradisional kelupis yang enak mendapat sambutan yang begitu hangat. Selain itu, para pengunjung juga menikmati perkhidmatan PERCUMA seperti pendaftaran ahli NADI, saringan kesihatan, dan live webinar khas mengenai 5 Perkhidmatan Pintar NADI.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang disamping melahirkan usahawan yang berdaya saing di dalam kalangan komuniti setempat.
PROGRAM BAZAR RAYA NADI 2025 – LIVE @ Bazar Raya NADI
TARIKH | 22 MAC 2025 |
MASA | 10:00 AM – 12:00 PM / 2.00 PM – 3.00 PM |
LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
PESERTA | 5 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah disebabkan program ini diadakan serentak dengan tarikh Special Program Untouched NADI pada 21-23 Mac, maka NADI telah mengharmonikan kedua-dua program dengan menggunakan nama “BAZAR & BELAJAR @ NADI”.
3 slot live webinar telah dijalankan sepanjang program Bazar Raya @ NADI ini berlangsung iaitu :
- NADI X Kidventure
- NADI X Kesedaran – Taklimat Keselamatan dalam Talian “Penggunaan sosial media dilarang bawah 13 tahun”
- NADI X Preneur