NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KELAS KESEDARAN DAN PENSIJILAN SESI 3 (MINGGU 1 & 2)
TARIKH | 3 NOVEMBER 2024 |
MASA | 2:30 PM – 3:30 PM |
LOKASI | Bilik Latihan NADI Kg Baru Hulu |
PESERTA | 5 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menunjukkan tayangan Podcast NADI Malaysia Segmen E-Sukan – Episod 1: “E-Sukan Sebagai Peluang Kerjaya”. Dalam episod istimewa Podcast NADI Malaysia kali ini, NADI bersama Encik Nor Azli Bin Mohamad Daud, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), yang akan membincangkan potensi besar E-sukan sebagai kerjaya masa depan belia Malaysia.
Topik yang dibincangkan sangat sesuai untuk yang berada di luar bandar, ibu bapa, dan guru-guru yang ingin mengetahui:
- Apakah peluang sebenar yang ditawarkan industry E-sukan?
- Bagaimana E-sukan dapat menjadi laluan kerjaya yang sah dan menguntungkan untuk generasi muda?
- Sokongan dan inisiatif yang disediakan oleh KBS untuk membantu belia di Malaysia mencapai impian mereka dalam E-sukan.
Mari bersama-sama kita ketahui bagaimana E-sukan dapat membuka peluang baharu untuk masa depan yang cerah.
ICT – MEMBUAT MINIT MESYUARAT DENGAN MICROSOFT WORD
TARIKH | 4 NOVEMBER 2024 |
MASA | 2:30 PM – 4:30 PM |
LOKASI | NADI Kg Baru Hulu |
PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing klien cara-cara untuk membuat minit mesyuarat dengan menggunakan Microsoft word. Petugas juga telah mengajar asas Microsoft word kepada klien seperti :
- Kemahiran Memformat Teks Lanjutan
- Memformat Perenggan dalam Word
- Memformat Perenggan Dengan Styles dan Themes
- Menguruskan Styles dan Themes Word
- Memformat Muka Surat dalam Word
- Lajur atau Columns dalam Word
NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI – MARI SIHAT BERSAMA NADI!
TARIKH | 7 NOVEMBER 2024 |
MASA | 8:30 AM – 9:00 AM |
LOKASI | NADI Kg Baru Hulu |
PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi saringan kesihatan percuma kepada ahli NADI. Antara saringan yang disediakan oleh NADI adalah:
- Saringan Tekanan Darah
- Saringan Gula Dalam Darah
- Body Mass Index (BMI)
Petugas NADI telah diberi latihan khas untuk melakukan saringan asas ini. NADI dan pihak KKM bekerjasama dalam menggalakkan komuniti setempat agar lebih peka dan sedar akan ketingkatan kesihatan anda.
PERTANDINGAN MOBILE LEGEND BANG BANG PERINGKAT NEGERI SARAWAK 2024 (ROUND 2)
TARIKH | 9 NOVEMBER 2024 |
MASA | 9:00 AM – 10:00 AM |
LOKASI | NADI Kg Baru Hulu |
PESERTA | 5 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mencari pemenang Best of 3 dari 2 pasukan yang telah dijadualkan untuk bermain bersama dalam satu arena. Pasukan wakil dari NADI Kg Baru Hulu telah berlawan dengan pasukan wakil dari NADI Merapok.
Setelah 2 perlawanan sudah berlangsung, pasukan dari NADI Kg Baru Hulu tidak berjaya melepasi perlawanan dengan agregat 2 – 0 dengan keseluruhan markah 28 – 50. Kami dari NADI Kg Baru Hulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas semangat pelajar dalam mengikuti pertandingan yang kami anjurkan.
Diharap kita akan berjumpa lagi di aktiviti yang lebih menarik dimasa akan datang.
NADI X KESEDARAN – TAKLIMAT KESEDARAN KESELAMATAN SIBER BERSAMA STAFF MAJLIS DAERAH BETONG
TARIKH | 12 NOVEMBER 2024 |
MASA | 9:00 AM – 11:00 AM |
LOKASI | NADI Kg Baru Hulu |
PESERTA | 23 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada penjawat awam mengenai keselamatan siber di dalam urusan seharian mereka. Antara topik yang dibincangkan adalah oversharing, maklumat palsu dan risiko penipuan kewangan dalam talian.
Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Disebabkan tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama dalam mengawal maklumat yang kita kongsikan bersama orang-orang di dalam media sosial.
Terima Kasih kepada pihak Perpustakaan Awam Betong kerana menjemput pihak NADI Kg Baru Hulu untuk bersama-sama menjayakan Program Kesedaran Keselamatan Siber ini.
NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI – SIHAT BERSAMA NADI X STAFF MDB!
TARIKH | 12 NOVEMBER 2024 |
MASA | 11:05 AM – 11:30 AM |
LOKASI | NADI Kg Baru Hulu |
PESERTA | 3 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat agar sentiasa membuat saringan asas kesihatan mereka. Hal ini dapat membantu mereka untuk sentiasa peka dan sedar akan manfaat dalam melakukan saringan secara awal. Ingat mencegah lebih baik daripada merawat!
LAWATAN NADI SAFE & SHIELD AND EDUCATION FUN GAMES
TARIKH | 19 NOVEMBER 2024 |
MASA | 8:30 AM – 10:30 AM |
LOKASI | NADI Kg Baru Hulu |
PESERTA | 28 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran awal kepada kanak-kanak berkenaan dengan keselamatan penggunaan internet pada masa kini. Antara tayangan video yang telah ditayangkan adalah Buli Siber, Child Grooming for Parent and Deepfake or Shallowfake. Selain itu, murid-murid juga didedahkan untuk bermain aplikasi Quiker 3D Colouring dan ABC Kids menggunakan Tab. Hal ini dapat membantu minda dan tangan mereka untuk bergerak dalam masa yang sama serta berfikir cara untuk menyelesaikan permainan tersebut.
Terima ksih diucapkan kepada cikgu, ibubapa dan murid-murid dari Tabika Perpaduan Tulip & Camelia IPD Betong kerana sudi menerima kami NADI. Semoga kita boleh bekerjasama lagi di masa akan datang.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KELAS KESEDARAN DAN PENSIJILAN SESI 4 (MINGGU 3 & 4)
TARIKH | 19 NOVEMBER 2024 |
MASA | 2:30 PM – 3:30 PM |
LOKASI | NADI Kg Baru Hulu |
PESERTA | 5 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menunjukkan tayangan Podcast NADI Malaysia Segmen E-Sukan – Episod 2: “E-Sukan, Ye ke ada Peluang Kerjaya?”. Episod ini memberi kesedaran kepada peserta mengenai eSports sebagai kerjaya, tapi dari sudut pandang pihak NGO! Bersama wakil dari Malaysia eSports Federation (MESF), iaitu Naib Presiden 1 dan Naib Presiden 2, mengupas lebih dalam tentang peluang yang ditawarkan oleh industri eSports untuk anak muda Malaysia.
Episod kali ini menerangkan bagaimana MESF dan persatuan eSports negeri menyokong bakat-bakat baru dan mencipta peluang dalam industry serta memainkan peranan penting dalam mengembangkan komuniti eSports di Malaysia.
Inisiatif yang dijalankan di peringkat negeri untuk membantu pemain, jurulatih, dan individu-individu lain yang berminat dalam kerjaya eSports. Pandangan jujur tentang cabaran dan potensi eSports sebagai laluan kerjaya masa depan.
NADI X KEUSAHAWANAN – WEBINAR 2 LATIHAN KEUSAHAWANAN PERNIAGAAN 101
TARIKH | 19 & 20 NOVEMBER 2024 |
MASA | 3:00 PM – 4:30 PM |
LOKASI | NADI Kg Baru Hulu |
PESERTA | 7 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk belajar menyusun strategi dalam menguruskan kewangan perniagaan. Strategi pengurusan kewangan secara asasnya melibatkan pembentukan strategi menyeluruh untuk menguruskan dan mencapai matlamat kewangan. Melalui perancangan kewangan yang tepat, usahawan dapat menganalisis situasi kewangan semasa dan mengenal pasti matlamat kewangan mereka.
NADI X MAHIR – KURSUS PENGENALAN MAHIR FOTO SESI 1
TARIKH | 20 NOVEMBER 2024 |
MASA | 4:00 PM – 5:00 PM |
LOKASI | NADI Kg Baru Hulu |
PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pengenalan awal kepada peserta cara untuk menggunakan sistem mahir foto serta bersua kenal dengan panel mahir foto NADI.
Kursus ini juga menawarkan pengetahuan asas kepada peserta tentang cara mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintar, dengan mempraktikkan teknik yang tepat serta proses penyuntingan yang berkualiti. Selain itu, peserta akan diperkenalkan kepada kaedah mencipta dan mengurus kandungan (content creation) media sosial yang menarik dan relevan mengikut trend yang terkini.
NADI X KESEDARAN – PROGRAM WEBINAR NADI X CYBERSECURITY
TARIKH | 23 NOVEMBER 2024 |
MASA | 10:00 AM – 11:30 AM |
LOKASI | NADI Kg Baru Hulu |
PESERTA | 6 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar bagi mengenalpasti keselamatan siber di masa kini.
Definisi keselamatan siber menerangkan cara dan pendekatan untuk melindungi sistem elektronik yang berbeza termasuk peranti mudah alih, komputer, pelayan data dan sebagainya. Untuk memahami cara semuanya berfungsi, kita perlu mengenal pasti beberapa kategori keselamatan siber utama. Dengan berkonsepkan “Jejak Siber – Mengenal Serangan Dunia Maya”, antara topik menarik yang telah dibincangkan adalah :-
- Pishing
- Laptop hacking
- Phone hacking
- Malware attack
- Wifi hacking
- Debit/Credit card cloning/fraud
- Telegram hijacking
- Password best practices
- Data privacy
- Memory availability
- Data monitoring
- Technical overview of cyber security
NADI X KESEJAHTERAAN KENDIRI – MARI SIHAT BERSAMA NADI!
TARIKH | 23 NOVEMBER 2024 |
MASA | 11:40 AM – 12:30 PM |
LOKASI | NADI Kg Baru Hulu |
PESERTA | 6 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menggalakkan para pelajar membuat saringan awal bagi mengetahui tahap kesihatan mereka.Seramai 5 pelajar telah membuat saringan kesihatan seperti :-
- Saringan Tekanan Darah
- Saringan Gula Dalam Darah
- Body Mass Index (BMI)
Saringan asas ini dapat mengesan terlebih awal mengenai tahap kesihatan kita agar lebih berwaspada di masa akan datang. Ingat! Lebih baik mencegah daripapda merawat. Jaga kesihatan kita kerana kesihatan yang baik sangat bermakna untuk kehidupan kita.
NADI X KESEDARAN – TAKLIMAT NADI SAFE & SHIELD DAN NADI 5 PILLARS
TARIKH | 29 NOVEMBER 2024 |
MASA | 10:30 AM – 11:30 AM |
LOKASI | SMK ST AUGUSTINE BETONG |
PESERTA | 513 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai perkhidmatan pintar NADI serta pendedahan kepada pelajar berkenaan dengan keselamatan penggunaan internet pada masa kini.
Fokus program ini adalah :
- Pengenalan kepada 5 teras Perkhidmatan Pintar NADI
- Keselamatan digital dalam kalangan pelajar
- Pencegahan penipuan siber
- Cara mengelak penyebaran maklumat palsu
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama dalam membentuk komuniti yang lebih beretika dan menjaga keselamatan digital mereka.