NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – OPEN TUITION DILEA TINGKATAN 3
| TARIKH | 2, 4, 8, 18, 22 & 25 SEPTEMBER 2025 |
| MASA | 3:30 PM – 4:30 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: NADI Nurture DILEA Digital Learning membawakan kelas ulangkaji secara percuma. Subjek asas seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Sejarah, dan khas untuk Tingkatan 6 – Pengajian Am turut disediakan. Semua kelas dijalankan secara santai, interaktif dan mudah difahami bersama tenaga pengajar yang berpengalaman.
Kenapa pilih Open DILEA Tuition?
- Pembelajaran berinteraksi yang sangat menarik
- Nota yang sangat efektif dan mudah difahami
- Kaedah pembelajaran yang sangat berkesan dengan video kelas yang boleh direkodkan untuk membolehkan anda mengulangi penjelasan guru bila-bila masa
- Kelas bimbingan kerja rumah yang sangat membantu, dengan penjelasan selama satu jam setengah setiap hari!
- Analisis yang sangat jelas, laporan kemajuan pelajar bulanan yang diberikan setiap bulan untuk membantu anda memantau kemajuan pembelajaran anak anda!
PROGRAM KHAS MERDEKA & HARI MALAYSIA @ NADI
| TARIKH | 7 SEPTEMBER 2025 |
| MASA | 10:00 AM – 4:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 15 ORANG |
Program Khas Merdeka & Hari Malaysia anjuran NADI Kampung Baru Hulu telah berjaya dilaksanakan dengan meriah pada 7 September 2025 yang lalu. Sambutan ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat yang hadir memeriahkan pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah:
- Pertandingan Mewarna
- Pertandingan Mahir Masak: Tema Sandwich
- Saringan Kesihatan Percuma
- Tayangan Video Patriotik
- Kelas kesedaran E-Sukan
- Sesi Live bersama YB Menteri Komunikasi
Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotisme, malah turut memperkukuh silaturrahim dalam kalangan komuniti setempat. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
#MerdekaDiNADI
KELAS KESEDARAN DAN PENSIJILAN E-SUKAN (PODCAST LMS)
| TARIKH | 8, 13 & 14 SEPTEMBER 2025 |
| MASA | 2.00 PM – 3.00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 5 ORANG |
TUJUAN: Program E-Sukan yang dilaksanakan di NADI merangkumi Program Kesedaran yang akan ditambah nilai dengan modul pendidikan, peserta bukan sahaja akan memperbaiki kemahiran permainan mereka tetapi juga memperoleh kemahiran kendiri yang bernilai yang akan membantu mereka dalam akademik dan peluang kerjaya.
Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran tentang e-sukan tetapi juga mendidik peserta mengenai aspek-aspek penting dalam dunia e-sukan seperti Pengurusan Masa, Kesihatan Fizikal dan Mental, Strategi Permainan, Kerjaya dalam E-Sukan dan Kemahiran Sosial peserta.
Modul yang dipelajari adalah Kesihatan Mental & Kesejahteraan Atlet E-Sukan dan Sains Sukan Pertingkat Taraf E-Sukan Antarabangsa (Sumber: Buletin Tv3).
AGENSI KERAJAAN – LAWATAN SAMBIL BELAJAR KEMAS KAMPUNG TENGAH BETONG KE NADI
| TARIKH | 9 SEPTEMBER 2025 |
| MASA | 2:00 PM – 3:30 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 19 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pengenalan asas penggunaan komputer bagi menyesuaikan diri mereka dengan perkembangan teknologi yang pesat, termasuk penggunaan aplikasi dan akses kepada maklumat yang lebih luas.
Terima kasih diucapkan kepada pihak KEMAS Bahagian Betong yang sudi bertandang ke NADI Kampung Baru Hulu bagi bersama-sama mengenali & mempelajari cara-cara menggunakan komputer untuk kegunaan di masa hadapan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
- Pengenalan NADI & Pengenalan Mengenai Komputer
- Keahlian NADI Percuma
- Saringan Kesihatan Percuma
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR PERTANIAN PINTAR INTAKE 2
| TARIKH | 9, 23 & 30 SEPTEMBER 2025 |
| MASA | 3:00 PM – 4:30 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberikan pemahaman komprehensif tentang bagaimana teknologi digital dapat diintegrasikan ke dalam proses pengambilan keputusan dalam pertanian. Modul ini menitikberatkan pada penggunaan data, analitik, dan alat cerdas untuk merancang strategi pertanian yang lebih efektif.
Pada kelas Pertanian Pintar minggu ke 5 ini, peserta telah diberi pengetahuan asas tentang pengurusan tanaman iaitu Semaian Benih Terung.
Minggu ke 6 dan 7 pula, peserta mempelajari Cara Pemasangan Smart Watering Device dan Keperluan Baja dalam tanaman.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR FOTO INTAKE 2
| TARIKH | 10 SEPTEMBER 2025 |
| MASA | 3:00 PM – 4:30 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menawarkan pengetahuan asas tentang cara mengambil gambar dan video menggunakan telefon pintar, dengan mempraktikkan teknik yang tepat serta proses penyuntingan yang berkualiti. Selain itu, peserta akan diperkenalkan kepada kaedah mencipta dan mengurus kandungan (content creation) media sosial yang menarik dan relevan mengikut trend terkini.
Di minggu 8, peserta telah mempelajari Basic Photografi Lighting – Outdoor. Minggu ke 10 pula, peserta telah diperkenalkan cara mempelajari Studio Lighting Dalam Fotografi.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – KURSUS MAHIR JAHIT INTAKE 2
| TARIKH | 12 & 22 SEPTEMBER 2025 |
| MASA | 3:00 PM – 4:30 PM & 9:30 AM – 11:00 AM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 1 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mempelajari pelbagai teknik jahitan seperti jahitan asas sehingga ke pembuatan pakaian. Selain itu, peserta juga didedahkan kepada penggunaan mesin jahit dan cara mengendalikan peralatan jahitan dengan baik. Kursus ini sesuai untuk semua peringkat, termasuk mereka yang tiada pengalaman menjahit, kerana ia menyediakan bimbingan langkah demi langkah oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.
Di minggu ke 7, 8 dan 9 adalah tenaga pengajar telah mengajar peserta cara untuk menghantar tugasan di dalam LMS iaitu tugasan membuat apron mereka. Minggu ke 10 pula, peserta telah mempelajari cara untuk mendraf pola baju kurung pesak.
NADI X KESEDARAN SSO NERA – AWARENESS (SAFE AND SHIELD)
| TARIKH | 17 & 19 SEPTEMBER 2025 |
| MASA | 3:00 PM – 5:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 6 ORANG |
TUJUAN: Pelajar telah menyertai Webinar Safe Pengantunan Siber & Shield Berita Palsu.
Webinar Shield ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta supaya berwaspada dengan longgokkan berita palsu di masa kini. Sebaran berita palsu atau tidak sahih oleh pihak tertentu bukan sahaja mampu mendatangkan perasaan panik dalam kalangan masyarakat, malah kesannya boleh menggugat keselamatan negara. Sebagai komuniti yang bijak, anda boleh membantu menghentikan perbuatan tidak beretika itu dengan melaporkannya di pautan https://aduan.skmm.gov.my atau laman sesawang sebenarnya.my bagi mengetahui kesahihan sesuatu berita yang diterima.
Pelajar telah menyertai Taklimat Pengantunan Siber (Cyber Grooming) secara atas talian. Pelajar telah didedahkan tentang pengantunan siber dan cara mengelakkan diri dari menjadi mangsa pengantunan siber. Selesai sesi taklimat, pelajar juga diberikan beberapa kuiz daripada laman sesawang Quiz.com. bagi menguji kefahaman mereka mengenai taklimat ini.
NADI X CYBERSECURITY – WEBINAR CYBERSECURITY
| TARIKH | 18 & 25 SEPTEMBER 2025 |
| MASA | 3:00 PM – 4:30 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 2 ORANG |
TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengikuti Webinar Sim Swap – Ancaman Siber Kepada Usahawan Slot 1 & 2.
Webinar Slot 1 akan membawa anda menyaksikan bagaimana serangan “Sim Swap” berlaku secara langsung, memahami kesannya terhadap akaun bank dan perniagaan usahawan, serta langkah pencegahan untuk melindungi nombor telefon dan operasi digital anda.
Webinar Slot 2 pula menampilkan ulangan demo langsung serangan “Sim Swap”, perkongsian cara pencegahan, serta kupasan mendalam mengenai impak Sim Swap terhadap media sosial, telefon bimbit dan hubungan keluarga. Turut dibincangkan ialah langkah yang perlu diambil sekiranya insiden ini menimpa anda.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – EKELAS USAHAWAN
| TARIKH | 18 & 23 SEPTEMBER 2025 |
| MASA | 10:00 AM – 11:00 AM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 3 ORANG |
TUJUAN: Webinar NADI Nurture eKelas Usahawan – sebuah sesi dalam talian yang padat dengan ilmu praktikal dan strategi terkini dalam dunia keusahawanan digital.
Peserta telah mengikuti Kelas Modul 1 iaitu Strategi Pemasaran Digital dan Asas Komunikasi Digital Modul 2 pula, peserta telah mempelajari Asas AI untuk Mencipta Kandungan dan Mengurus & Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital.
Melalui kelas online ini, peserta akan mendapatkan tips dan strategi terus dari pakar industri, ketahui cara mengembangkan jenama anda secara digital dan mencipta kandungan yang menarik perhatian pelanggan.
NADI X PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – BENGKEL ULANGKAJI TINY TECHIES (SEKOLAH RENDAH & MENENGAH)
| TARIKH | 27 SEPTEMBER 2025 |
| MASA | 10:00 AM – 12:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 6 ORANG |
TUJUAN: Tujuan Bengkel Tiny Techies ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengulangkaji pelajaran Microbit & Robotik bersama tenaga pengajar yang berpengalaman. Sepanjang sesi ini, para pelajar berpeluang untuk mengulang dan memperkemas kemahiran asas dalam pengaturcaraan serta menjawab beberapa soalan kuiz daripada tenaga pengajar.
Aktiviti ini memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai asas microbit & robotik, termasuk konsep pemprograman mudah, pergerakan robot, serta penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian. Peserta berpeluang mengendalikan sendiri robot mini dan memahami cara teknologi boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang.
NADI X E-SUKAN – PROGRAM WEBINAR BASIC SCRIPTWRITING FOR ANIMATION
| TARIKH | 27 SEPTEMBER 2025 |
| MASA | 9:00 AM – 1:00 PM |
| LOKASI | NADI Kampung Baru Hulu |
| PESERTA | 5 ORANG |
TUJUAN: Webinar Basic Scriptwriting for Animation bersama En. Faizal Hakimmy Husaini, seorang penceramah berpengalaman dalam bidang kreatif, animasi & penulisan skrip.
Apa yang akan dipelajari?
- Asas penulisan skrip animasi
- Struktur & gaya penulisan skrip
- Teknik menulis dialog yang berkesan
- Cara menyusun idea menjadi adegan