mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG BULAN SEPTEMBER 2024

SOFTSKILL – MEMBUAT RESUME DENGAN CANVA

TARIKH 2 SEPT 2024
MASA 2:30 PM – 3:30 PM
LOKASI NADI Kg Baru Hulu
PESERTA 1 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing klien cara-cara untuk membuat resume dengan menggunakan aplikasi Canva. Resume yang berkualiti adalah kunci utama untuk menarik perhatian majikan dan mendapatkan panggilan temuduga. Ia adalah dokumen yang memberikan gambaran pertama tentang diri kepada majikan. Oleh itu, adalah penting untuk menghasilkan resume yang terbaik dan profesional. Canva adalah salah satu aplikasi yang terbaik dan mudah untuk digunakan dalam membuat resume.

GAMBAR DISINI

E-LEARNING & SOFTSKILL – KELAS JAWI

TARIKH 3,4,10,12,24,25 SEPT 2024
ASA 2:30 PM – 4:30 PM
LOKASI Bilik Latihan NADI Kg Baru Hulu
PESERTA 14 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing pelajar mendalami dan mengenal suku kata jawi terbuka dan tertutup. Pembelajaran ini juga dapat membantu pelajar menulis dan membina ayat jawi dengan menggunakan suku kata yang betul dan tepat. Di samping itu, pelbagai variasi modul e-jawi yang telah diajarkan dan ini membolehkan pelajar dapat mempraktikkan bahasa jawi di sekolah mereka dengan yakin.

Tambahan lagi, pelajar juga telah diberi pendedahan untuk menjawab soalan jawi secara digital dengan menggunakan applikasi atas talian wordwall dimana pelajar dapat memantapkan lagi pemahaman mereka dalam membaca ayat-ayat jawi.

Kelas ini telah dibimbing sepenuhnya oleh ustazah salina daripada sekolah SK Abang Abd Kadir Betong. Kesimpulannya, kelas ini dapat memberi manfaat tambahan kepada pelajar sekaligus dapat mengisi masa lapang mereka di luar waktu sekolah dengan mengikuti pelbagai aktiviti yang lebih berfaedah di dalam kelas ini.

Aktiviti ini telah dijalankan 2 kali dalam seminggu sepanjang bulan september ini. 17 dan 18 september tiada kelas jawi diadakan disebabkan cuti penggal sekolah.

GAMBAR DISINI

ICT – MICROSOFT EXCEL

TARIKH 3 SEPT 2024
MASA 3:00 PM – 5:00 PM
LOKASI NADI Kg Baru Hulu
PESERTA 3 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing klien dalam membuat perancangan aktiviti kelab perkim mereka. Klien telah meminta tunjuk ajar kepada petugas serta sama-sama memberi idea dalam pengemaskinian aktiviti mereka di dalam microsoft excel. Klien juga mempelajari cara untuk mengubah, menambah dan menyimpan maklumat di dalam excel dengan kemas dan teratur.

GAMBAR DISINI

STEM–IOT – E-SPORT TRAINING MLBB

TARIKH 4 SEPT 2024
MASA 2:30 PM – 5:00 PM
LOKASI NADI Kg Baru Hulu
PESERTA 6 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk melatih pasukan yang akan mengikuti Pertandingan Mobile Legend Bang Bang dimana mereka akan mewakili NADI Kg Baru Hulu ke peringkat negeri Sarawak yang akan diadakan pada awal bulan Oktober nanti. Mereka telah berlatih dan bermain sesama sendiri bagi memantapkan lagi cara permainan mereka sekaligus meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi di antara mereka dari segi mental dan emosi apabila berada di arena pertempuran. Hal ini sangatlah penting bagi membentuk cara pemikiran yang kreatif serta bijak mengatur strategi dalam melawan musuh di arena.

GAMBAR DISINI

ICT – MICROSOFT EXCEL

TARIKH 4 SEPT 2024
MASA 3:00 PM – 4:30 PM
LOKASI NADI Kg Baru Hulu
PESERTA 3 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing klien dalam membuat perancangan aktiviti kelab perkim mereka. Klien telah meminta tunjuk ajar kepada petugas serta sama-sama memberi idea dalam pengemaskinian aktiviti mereka di dalam microsoft excel. Klien juga mempelajari cara untuk mengubah, menambah dan menyimpan maklumat di dalam excel dengan kemas dan teratur. Klien telah datang semula ke NADI bagi melengkapkan pelbagai maklumat yang diperlukan untuk kegunaan kelab mereka di masa akan datang.

GAMBAR DISINI

KLIK DENGAN BIJAK – SAYA BOLEH HENTIKAN BERITA PALSU!

TARIKH 5 SEPT 2024
MASA 9:00 AM – 5:00 PM
LOKASI NADI Kg Baru Hulu
PESERTA 22 VIEWS

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa berita palsu adalah satu bentuk ancaman dari pelbagai aspek termasuk sosial, politik, ekonomi, perhubungan kaum serta agama. Tidak semua berita yang dibaca itu adalah fakta sebenar, terutamanya berita yang ditularkan dalam media sosial.

Antara peranan kita untuk membendung penyebaran dan perkongsian berita palsu adalah :

  • Jangan panik – Menerima berita dengan tenang serta bijak mengatur isi kandungan & maklumat sebelum disebarkan.
  • Semak – Semak dahulu kebenaran sesuatu berita di portal Sebenarnya.my sebelum berkongsi.
  • Tak pasti jangan kongsi – Tidak berkongsi sebarang berita yang diragui kesahihannya. 

GAMBAR DISINI

KLIK DENGAN BIJAK – JANGAN JADI MANGSA SMISHING (PENIPUAN SMS)

TARIKH 11 SEPT 2024
MASA 9:00 AM – 5:00 PM
LOKASI NADI Kg Baru Hulu
PESERTA 22 VIEWS

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa “Smishing” atau “Phishing” merupakan sindiket penipuan yang terbaru di masa kini. Sindiket ini akan menyasarkan peti masuk e-mel dan juga menyusup masuk ke dalam SMS anda. Ia adalah pancingan data yang melibatkan pihak bank atau maklumat perbankan dimana scammer memburu mangsa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pelbagai cara untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa “Smishing” :

  • Abaikan mesej yang mencurigakan
  • Periksa nombor telefon
  • Jangan hubungi nombor yang tidak rasmi
  • Jangan klik pautan di dalam SMS

Kekal waspada, Kekal selamat! Jadilah proaktif dalam melindungi diri anda daripada ancaman “Smishing”.

GAMBAR DISINI

STEM–IOT – E-SPORT TRAINING MLBB (SESI 2)

TARIKH 12 SEPT 2024
MASA 2:40 PM – 5:00 PM
LOKASI NADI Kg Baru Hulu
PESERTA 6 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk melatih pasukan yang akan mengikuti Pertandingan Mobile Legend Bang Bang dimana mereka akan mewakili NADI Kg Baru Hulu ke peringkat negeri Sarawak yang akan diadakan pada awal bulan Oktober nanti. Mereka telah berlatih dan bermain sesama sendiri bagi memantapkan lagi cara permainan mereka sekaligus meningkatkan lagi kemahiran berkomunikasi di antara mereka dari segi mental dan emosi apabila berada di arena pertempuran. Hal ini sangatlah penting bagi membentuk cara pemikiran yang kreatif serta bijak mengatur strategi dalam melawan musuh di arena.

GAMBAR DISINI

KLIK DENGAN BIJAK – JANGAN JADI KELDAI AKAUN!

TARIKH 12 SEPT 2024
MASA 3:00 PM – 4:00 PM
LOKASI NADI Kg Baru Hulu
PESERTA 23 VIEWS

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa akaun simpanan seperti Tabung Haji adalah hak peribadi penyimpan sahaja dan tidak boleh dikongsikan kepada orang lain mahupun orang terdekat ataupun orang luar. Penjenayah sentiasa mengambil kesempatan di atas kelalaian pengguna TH di mana mereka menggunakan akaun mangsa sebagai tempat untuk mengumpul dan memindahkan dana daripada orang awam. Oleh itu, jangan sesekali mempercayai orang lain bagi membuat urusan akaun simpanan peribadi anda.

GAMBAR DISINI

ICT – TAKLIMAT PENGGUNAAN SISTEM ONLINE RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

TARIKH 14 SEPT 2024
MASA 10:30 AM – 1:00 PM
LOKASI NADI Kg Baru Hulu
PESERTA 25 ORANG

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk membimbing klien cara-cara membuat permohonan online Rumah Mesra Rakyat (RMR) di laman web berdaftar SPNB. Taklimat ini dilaksanakan bagi memberitahu orang ramai sekaligus membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang akan menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) ini. Sejajar dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Program Rumah Mesra Rakyat 2.0 diwujudkan daripada kesinambungan Program Rumah Mesra Rakyat sedia ada bagi mempertingkatkan lagi pemilikan rumah kepada golongan B40 melalui bayaran secara tunai atau pinjaman dari institusi kewangan.

SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Konsep sesebuah rumah adalah 1 tingkat yang mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bili air
  • Keluasan rumah adalah 750kps
  • Keluasan tanah (tertakluk kepada rekabentuk) adalah 3000kps (279mps)
  • Harga bermula dari RM75,000 sehingga RM85,000
  • Pemberian subsidi pembinaan dari Kerajaan adalah sebanyak RM20,000

GAMBAR DISINI

STEM–IOT – JIGSAW PUZZLE AND COLOURING MALAYSIA FLAG

TARIKH 17 & 19 SEPT 2024
MASA 3:30 PM – 4:30 PM
LOKASI NADI Kg Baru Hulu
PESERTA 4 ORANG

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengasah pelbagai kemampuan pelajar dalam menyelesaikan masalah, berfikiran secara strategik dan menggunakan logik serta memerlukan konsentrasi dan kesabaran yang tinggi dalam mengingat sesuatu bentuk gambar.

Menggabungkan potongan puzzle memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Cara ini dapat melatih mereka untuk lebih bersabar dalam mencapai impian dalam hidup. Dalam pada itu, manfaat lain yang ada pada permainan ini adalah melatih koordinasi otak, tangan dan mata. Saat melakukan permainan ini, secara automatik ia membuatkan mereka berlatih mengatur pergerakan mata dan tangan.

Sempena Hari Malaysia yang telah disambut pada 16 September kelmarin, permainan ini dapat meningkatkan semangat serta rasa cinta pelajar kepada tanah air Malaysia.

GAMBAR DISINI

ICT – LATIHAN MENAIP

TARIKH 22 SEPT 2024
MASA 10.00 AM – 10:30 AM
LOKASI NADI Kg Baru Hulu
PESERTA 2 ORANG

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengajar pelajar menaip serta mendedahkan kepada mereka fungsi papan kekunci dan perisian yang ada untuk menaip. Di samping itu, ia juga membantu pelajar supaya lebih memahami dan mengetahui asas dalam menggunakan komputer. Pembelajaran ini dapat menguji pemahaman pelajar tentang komputer dan fungsinya melalui permainan dalam talian iaitu TypingTest.com

Kelebihan yang diperolehi melalui aktiviti ini adalah pelajar mendapat pengetahuan tentang cara yang betul untuk menaip. Di era milenium kini, pembelajaran di atas talian sangat digalakkan kepada pelajar. Oleh itu, mengetahui asas dalam mengendalikan komputer dapat membantu pelajar mahir dalam bidang IT dan teknologi.

GAMBAR DISINI

E-LEARNING – MEMBUAT POSTER DIGITAL

TARIKH 22 SEPT 2024
MASA 10:40 AM – 11:00 AM
LOKASI NADI Kg Baru Hulu
PESERTA 1 ORANG

 

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengasah bakat pelajar dalam membuat poster digital bersempena dengan Hari Malaysia 2024. Pelajar ini berminat untuk membuat poster menggunakan aplikasi Canva kerana ia mempunyai koleksi font, gambar dan elemen-elemen design yang sangat banyak dan menarik. Pembelajaran menggunakan aplikasi Canva yang lebih efektif dapat merangsang daya cipta serta mengasah kemahiran penulisan pelajar dan juga pemilihan gambar yang sesuai dalam menghasilkan poster yang cantik dan menarik.

GAMBAR DISINI

KLIK DENGAN BIJAK – AWAS SCAM PINJAMAN WANG

TARIKH 26 SEPT 2024
MASA 9:00 AM – 5:00 PM
LOKASI NADI Kg Baru Hulu
PESERTA 30 VIEWS

TUJUAN: Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberitahu orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan janji manis scammer.

Langkah-langkah yang boleh diambil sebelum membuat sebarang pinjaman wang adalah :

  • Semak dengan institusi kewangan yang sah
  • Tiada sebarang pembayaran selama berurusan
  • Tiada pembayaran pendahuluan
  • Mempunyai perjanjian @ kontrak yang sah
  • Tidak kongsi maklumat kepada orang yang tidak dikenali

GAMBAR DISINI