mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JANUARI – KLIK DENGAN BIJAK

Tarikh

: 12 Januari 2018

Masa

: 9.00 pagi – 4.30 petang

Lokasi

: Politeknik METro Betong, Sarawak

Peserta

: 40 orang

 

Tujuan

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang keselamatan dan menggunakan internet secara bijak. Di samping itu, program ini mendedahkan kepada pelajar bagaimana hendak menjana pendapatan peribadi dengan menggunakan platform seperti social media (facebook, Instagram) kerana platform ini sangat tular dan amat berguna jika digunakan secara bijak.

 

Aktiviti

Aktiviti yang dilakukan adalah memberi perkongsian info kepada pelajar mengenai keselamatan dan kebijaksaan dalam menggunakan kemudahan internet. Selain itu, kami mendedahkan kepada pelajar tentang bagaimana hendak menjana pendapatan dengan menggunakan platform tersebut. Di samping itu juga, kami memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia ini berkenaan dengan kemudahan yang disediakan untuk kemudahan pelajar seperti penggunaan internet, printing, binding dan sebagainya.