IKAN BUNTAL KUNING
Ikan buntal kuning atau nama saintifiknya adalah “Lagocephalus Lunaris” amat terkenal di mata dunia amnya kerana sangat terkenal dengan racun berbisa.Di perairan Sungai Saribas yang bermuara di Lautan China Selatan setiap dua (2) kali setahun akan didatangi oleh sejenis ikan yang unik iaitu Ikan Buntal Kuning untuk menetaskan telurnya.Ikan Buntal Kuning ini pada musimnya banyak didapati di antara Tanjung Nangka dan Tanjung Matu iaitu di Kampung Manggut Spaoh,Betong.Ikan ini amat popular di sekitar Betong kerana keenakkannya yang dimasak dengan pelbagai resepi dan cara.Memang tidak dinafikan ikan buntal kuning ini amat berbahaya sekiranya racun dan urat di bahagian perut dan telur ikan ini tidak dibuang dengan betul boleh mendatang bebahaya.
IKAN BUNTAL KUNING KERING