AIR TERJUN PEMATOH,BETONG
Kawasan Reakreasi Air Terjun Pematoh ialah salah satu air terjun dimana ia berdekatan dengan Bandar Betong .Terletak kira – kira 15km dari jalan Sri Aman – Sarikei, selain daripada itu,di Betong turut mempunyai tiga air terjun utama iaitu Air Terjun Sungai Pedalai, Air Terjun Tapang Ipuh dan Air Terjung Wong Letik. Kawasan reakreasi ini mempunyai keindahan yang tersendiri selain kaya dengan flora dan fauna.
TUGU PERINGATAN PANGLIMA RENTAP
Perasmian Tugu Peringatan Panglima Rentap telah diadakan pada 26 Julai 2003 bertempat di Puncak Bukit Sadok,Ulu Layar Betong.Antara tetamu Kehormat yang hadir ke majlis perasmian tersebut adalah Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang,YB Datuk Douglas Uggah Anak Embas,Yb Encik Aidan Wing Dan Dato Nillie Tanggai.Turut hadir ke majlis tersebut adalah Encik Romie Sigan Daniel(Residen Bahagian Betong), Dr Ngenang Janggu(Residen Bahagian Sri Aman), Encik Isaka Kana(Pegawai Dearah Betong), ketua-ketua Jabatan, ketua-ketua Masyarakat, ketua-ketua kaum dari rumah panjang yang sekitar Bahagian Betong dan Sri Aman.
Sebelum upacara perasmian diadakan, pelbagai usaha pembangunan telah dijalankan di Bukit Sadok antara yang telah dilakukan oleh pihak kerajaaan adalah menyediakan pondok rehat serta laluan pendaki untuk memudahkan para pendaki dan pelancong untuk naik ke Puncak Bukit Sadok.
KUBU LILY (FORT LILY)
Seperti kawasan lain yang ada di negeri Sarawak, Betong juga turut mempunyai latar belakang sejarah perjuangan menentang penjajah. Antara kisah perjuangan Panglima Rentap menentang Penjajah Orang Putih yang diketuai oleh Rajah Brooke pada sekitar tahun 1840 dan 60an di Sungai Skrang. Untuk menangani masalah pemberotakan yang diketuai oleh Panglima Rentap,Rajah Brooke telah membina sebuah kubu yang diberi nama Kubu Lili (Fort Lily) sempena nama isteri beliau bagi tujuan mempertahankan diri selain itu,kubu tersebut dijadikan sebagai Pusat Pentadbiran pada tahun 1858. Pemberotakan kaum Iban yang diketuai oleh Rentap ini berakhir semasa Kerajaan Brooke membuat serangan besar-besaran sebanyak tiga kali pada tahun 1857,1858 dan 1861.
Berdasarkan kedudukannya yang agak strategik,akhirnya Kubu Lili (Fort Lily) dijadikan sebagai Pusat Pertahanan oleh Rajah Brooke selain menjadi pusat pentadbiran. Kedudukan ini diteruskan lagi semasa era zaman penjajahan Jepun selama empat tahun.Pada tahun 1963, dimana Sarawak merdeka dalam Malaysia,Kubu lili tetap dijadikan pusat pentadbiran dan pada tahun 1975 dijadikan sebagai Pejabat Dearah. Pada masakini, Kubu Lili tetap mengekalkan ciri-ciri asal dan masih berdiri megah serta turut dijadikan sebagai Pusat Tarikan Pelancong.