mcmc
Sejarah

Sejarah

              Sir Charles Vyner Brooke ialah seorang Raja Negeri Sarawak yang ketiga.Dalam masa pemerintahannya beliau telah membina sebuah kubu untuk mempertahankan diri dari serangan musuh yang dinamakan sebagai Kubu Lily sempena nama isteri beliau.

               Sebelum Kubu Lily dibina penduduk Melayu tinggal di sebuah Kampung dinamakan Kampung Kepayang tidak berapa jauh dari rumah panjang Nanga Padeh.Setelah pembinaan kubu tersebut, kerajaan ketika itu dibawah pemerintahan Rajah Charles Vyner Brooke memohon supaya penduduk melayu yang tinggal di Kampung Kepayang berpindah berhampiran dengan Kubu Lily bagi membantu Rajah Charles mempertahankan kubu tersebut dari serangan musuh.

               Penempatan pertama orang melayu ialah di tepi sungai Saribas yang lebih dikenali dengan nama Tanjung Betong.Jumlah penduduk tidak ramai dan bilangan rumah ketika itu, lebih kurang tujuh atau lapan buah rumah sahaja.Kepimpinan orang melayu dikawasan ini ialah terdiri daripada keluarga Abang Abdul Kadir.Abang Abdul Kadir ialah anak lelaki kepada Datuk Patinggi Udin(datuk Patinggi Yang Kelima) memerintah Saribas.

            Kampung Betong mendapat nama atas persetujuan kaum Melayu dan Kaum Iban.Meraka sama-sama bersetuju menamakan “BETONG” kerana ditempat ini terdapat banyak ditumbuhi buluh yang dipanggil “BULUH BETONG”

 

 

Sumber didapati daripada Penghulu Hj Abang Rosli Bin Abang Ahmad 2000M

28/JULAI/2015