mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Kg Baru Hulu

Pusat Ekonomi Digitl (PEDi) dahulunya sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan insiatif kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama dan penyelian oleh Telekom Malaysia ( TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence Sdn.Bhd Program PEDi ini merupakan salah satu projek belanjawan 2013 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato seri Najib Tun Razak semasa pembentangan belanjawan 2013.  Program PEDi dilaksanakan dibawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP).  

Perlaksanaan PEDi ini telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2013.  Projek PEDi merupakan kesinambungan dua projek jalur lebar kerajaan sebelum ini iaitu projek Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) dan juga projek Perpustakaan Jalur Lebar (PJL)

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ditubukan bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar.  Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa Felda,110 Pusat untuk Fasa 4 dan 42 pusat untuk Fasa 5 (CBL-ENHANCEMENT) telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT (Information Communication and Technology) dalam kehidupan seharian mereka.

Kampung Baru Hulu Betong juga mempunyai sebuah PEDi dibawah Fasa 5 atau lebih dikenali dengan nama Fasa CBL Enhancement dan akan mula beroperasi dalam masa terdekat ini setelah diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malyasia (TM)